malam pasar malam kirim mama cu beli kaki ayam.
sebab abang isham nami ni suka sangat makan "ayam kaki".
haaa dekat 1kg kot mama cu belikan.

semalam ummi pun buatkanlah sup kaki ayam campur kentang dan carrot.


20141105_190042


dialog biasa.

"wahhhhhhh.. sape masak ayam kaki ni?"

"ummi lah sape lagi"

"pandai omi masak ayam kaki.. tima kasih omi"

"sama2 ilham"

memang itulah dialog hari2 kami.
alhamdulillah. mulut dia tak terlepas dari ucapan "terima kasih"
mudah2an kekal sampai akhr hayat.

Sup Kaki Ayam Ummi Yang Simple

bahan2:

kaki ayam (ikutlah berapa banyak nak makan)
2 inchi halia (potong atau penyekkan)
2 ulas bawang putih (potong mayang)
4 ulas bawang merah (potong mayang)
sebungkus serbuk sup Adabi
sebiji kentang
setengah batang carrot
daun saderi dan daun bawang
habbatus sauda
air

cara2:

renehkan kaki ayam denga halia hingga mendidih, masukkan serbuk sup. kemudian masukkan carrot dan kentang yang dipotong kecil. biar seketika sehingga kaki ayam, kentang dan carrot empuk. sementara tu goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang tadi. setelah bawang goreng garing masukkan ke dalam sup. akhir sekali masukkan daun bawang dan daun saderi yang dah dipotong halus. tabur sedikit habbatus sauda. dah siap!

sedia untuk dimakan sebelum babah ilham pergi kerja :)

ilham suka kaki ayam ni ikut ummi rasanya.
memang feveret lah makan kaki ayam.
banyak khasiat tau kaki ayam sila jangan pandang kaki ayam sebelah mata. ekeke.

antara khasiat kaki ayam:
  • mencegah darah tinggi
  • meredakan arthritis
  • mengandungi sumber kalsium yang tinggi
  • tinggi kandungan protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang dan kolagen
  • mencegah osteoporosis
  • kaya dengan mineral, omega-3 dan omega-6 serta rendah lemak
ada lagi sikit kaki ayam tu kat freezer.
tengah2 fikir2 nak masak apa lagi.
idea pleaseeeee.. :)