aktiviti terakhir hari sabtu.
fuhhhh. alhamdulillah ummi masih kekal bertenaga.
pagi2 dah standby meneguk ESP + performance drink.

lepas siap2 buat homemade playdough,
terus bergegas menggoreng donut yang dah menggebus tu.
mama cu dan nenek farah dah menunggu ummi yang terkial2.

siap2 terus bergegas ke Karosel Indoor Water Park, Taman Nusa Bestari 2.

20141108_161156
 ni kali kedua kami ke sini.
kali pertama pergi dengan mama cu dan mami ngah.
siapa yang belum pergi boleh la cuba mandi manda kat sini.
boleh dikategorikan water park bajet la.
tak la mahal sangat setakat nak spend quality time dengan family kan.

lokasi:

Karosel Indoor Water Park
PTD 71045, Jalan Danga,
Taman Nusa Bestari 2,
81300 Skudai, Johor

(depan Pasaraya BESTMART dan sebelah SUPER STEAMBOAT)

20141108_161417
 Harga tiket:

Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Dewasa - RM20
Kanak-kanak - RM15

Isnin - Khamis
Dewasa - RM15
Kanak-kanak - RM12 (7 tahun ke atas)

ilham dan puteri adalah FREE.. yeay!

20141108_161434
Opening Hours

Isnin - Khamis
Waktu Operasi - 11.00am - 6.00pm
Ticketing Hours - 11.00am - 5.00pm

Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Waktu Operasi - 10.00am - 7.00pm
Ticketing Hours - 10.00am - 6.00pm

TUTUP pada hari SELASA

20141108_161430
 Tiket Harga Promo 

Family Package 
2 Dewasa + 1 kanak-kanak = RM45

Package 5
5 person = RM70

kami datang berlima dewasa, babah, ummi, mama cu, nenek farah dan lola.
2 orang budak cenonit tu FREE. jadi bayar RM70 jek.
patutnya RM60 la kan ummi tak mandi pun :p

dah jom mandi manda.
except ummi yang malas nak terboyot2 dalam air.

20141108_161910
 sekejapan puteri aka "wee" yang ilham sebut2 dah bersiap dengan swimming suit.

20141108_162034
mamat ni pun dah bersiap sedialah konon.

20141108_162147
tengokkan gaya merenung kolam macam excited kan.
sekali ajak turun tetiba mood kedaung tak nak.

20141108_162120
 wee relax jek ha berendam.
babah paksa juga ajak turun, dia kata dia nak ummi.
ummi memang tak bekal baju pun.
kang kalau dah turun sama habis le rambah baju nak balik.
bertuah la anak.

20141108_163651
 turun sekejap dah nak berkepit dengan ummi jek kan.

orang lain dah syok berendam.
dia jadi pemerhati dari jauh, lepas risau tak nampak bayang babah.

20141108_164413
 tu kat bawah air mencurah tu kanak2 ribena tua.
mengalahkan bawa budak tadika hahaha.

20141108_165302
ummi pimpin dia bawa ke babah.
pujuk punya pujuk nak juga join babah dalam air.

20141108_165322
dari jauh ummi perhatikan macam ada drama dua beranak ni.

20141108_165429
rupanya dia tengah menjerit2 tak nak duduk belakang babah.
puas umpan angry bird tu ha.
pun tak laku, tetap cakap.

"isham tak nak mandi la mi"

20141108_165544
 babah tengah layan dia, ummi ambil peluang pusing2 keliling sambil jadi mamarazzi.
snap sana sini.

20141108_170946
sekejapan dah naik dah mamat ni.
dah tak nak mandi dah.
suruh ummi salinkan baju dia.
dia penat kata dia.
alahaiiii.. penat la sangat tak sampai 1/2 jam berendam hehehe.

20141108_170859
wee pun dah siap mandi dah.
nak tukar baju dah.
adoiii kemain berketul2.


20141108_171255
abang isham nami dah kelaparan lepas mandi.
nasib baik ummi bekal donut.
yang bestnya kat sini boleh bawa makanan.
jimat belanja hehehe.

tak lama lepas tu babah semua dah surrender.
masing2 siap2 salin baju dan bilas badan.
port kitorang dekat jek dengan shower room.
senang hehe.

tetiba ilham buat muka toye.

"omi.. isham penatlah.. isham ngantok.. nak tido omi"

maksudnya nak beriba dengan ummi le tu.
baru naik atas riba sekejap, dah terpejam.

hmmm.. patutlah tak ada mood nak mandi manda.
dia punya ngantuk memang tahap kronik.

IMG-20141108-WA0017
babah siap salin baju je ummi pas ilham kat babah.
tak larat mak nak riba lama2.
kesian adik baby terkepit nanti.
haaaaa. syok sangatlah tu dapat landing kat bahu babah.

kami siap2 balik sebelum tu lepak2 makan2 isi perut dulu ;)
sekian aktiviti kami sepanjang sabtu.

bukan senang babah nak dapat cuti time weekend tau.
3 bulan sekali. so kita kena plan baik punya.
jadinya cuti babah dapat la kami spend quality time bersama.

plan this week pulak.

malam sabtu - berdezup ke parit raja tidur rumah mami ngah.
esoknya balik rumah atok tipah pulak.

malam ahad tu kena berdezup balik gelang patah semula.
ahad ummi kena jadi pengunjung setia KDPM.. BSP second time.

isnin - sila menghadap doktor KKGP ;)

sekian.