Early Child Education

Jom Berkenalan Dengan Kad Imbas Khadijah

Friday, November 14, 2014

kad imbas khadijah1
kad imbas khadijah
credit pic: Kad Imbas Khadijah

Kad Imbas Khadijah merupakan salah satu perkongsian cara mengajar Puan Khadijah Gani dalam memperkenalkan huruf Hijaiyyah kepada anak kecil berdasarkan pengalaman beliau mengajar mengaji seramai 40 orang anak lelaki dan perempuan yang berusia di antara 2 tahun hingga 17 tahun. Boleh baca di sini : http://sukamengaji.blogspot.com/2013/09/kad-imbas-khadijah.html

Melalui pengalaman ini Puan Khadijah Gani mendapati bahawa kesemua anak mengajinya tidak dapat membunyikan Huruf Tunggal dengan tepat. Kesemua mereka menyebut huruf tunggal dengan bunyi huruf yang berbaris di atas. Ia amat menyedihkan lagi menakutkan apabila awal surah Maryam dibaca dengan “Ka Ha Ya ‘Aa So” yang sepatutnya dibaca dengan sebutan huruf tunggal iaitu “Kaf Ha Ya ‘Ain Sod”.

Di dalam Al-Quran bukan semua huruf adalah bersambung. Terdapat juga huruf yang harus dibaca sebagai huruf tunggal.

Selain itu, mereka juga tidak cekap mengeja yang akhirnya menjadikan mereka membaca semua huruf dengan bunyi berbaris atas sahaja walaupun mereka lihat itu adalah tanda bacaan berbaris bawah atau berbaris hadapan.

Bermula saat itu, Puan Khadijah Gani berfikir dan mencari akar permasalahan dan kekeliruan yang sedang berlaku di kalangan generasi Y ini.

Ditakdirkan mempunyai seorang anak mengaji yang merupakan “Slow-learner”, Puan Khadijah Gani menemui cara lain untuk mengajarinya tentang asas bacaan huruf berbaris iaitu melalui mimik muka.

Dengan keluar daripada sistem pembelajaran masakini (mainstream), Puan Khadijah Gani mengambil keputusan untuk menggunapakai kaedah pengajian Muqaddam yang lama iaitu dengan memperkenalkan Huruf Tunggal sebagai asas dan kemudian barulah diperkenalkan dengan fungsi 3 baris asas secara serentak bagi huruf yang bersambung.

Di sinilah, tercetusnya Inovasi Kad Imbas Khadijah di mana Pengajian Muqaddam lama diolah semula dalam bentuk yang menyeronokkan dan menyantuni cara pembelajaran zaman Generasi Y kini.
Wallahu ‘Alam.

INFO :
Apabila anak kecil melihat / membaca tulisan (huruf) otak kiri akan bekerja. Dan hafalan / pengulangan / turutan juga berlaku dalam otak kiri.
Apabila aktiviti otak kiri sahaja yang berlaku, di sinilah puncanya anak kecil mudah cepat merasa bosan atau mengantuk seterusnya mengakibatkan mereka malas berfikir.
Apabila anak kecil melihat gambar-gambar yang berwarna-warni atau menyuruh mereka membuat bunyi orang ketawa contohnya, otak kanan mereka mula bekerja. Berimaginasi, membayangkan imej, membunyikan sesuatu, kreatif, konseptual.
Di sinilah letaknya keseimbangan fikiran antara otak kiri dan otak kanan anak-anak. Seterusnya, ia membuatkan anak-anak lebih teruja dan tidak mengantuk ketika belajar mengaji. Malah, lebih bersemangat mahu mengaji lagi!

PENERANGAN :

Ada beberapa teknik mengajar yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di antaranya memberikan contoh, menggunakan perumpamaan, aplikasi dan melukis.

Kad Imbas Khadijah ini diolah melalui cara memberikan perumpamaan, contoh (bunyi), aplikasi (tunjuk cara membunyikan) dan asasnya ialah melalui lukisan yang menarik.
Di bahagian kad hadapan, huruf tunggal diperkenalkan melalui :
  1. Persamaan bentuk dan rupa dengan huruf – Perumpamaan.
  2. Cara membunyikan huruf yg betul (Tha dan Dzal) – Aplikasi.
  3. Persamaan bunyi berdasarkan mimik muka – Contoh.
Dan semua gambar ini dilukis dan perlu dibayangkan dalam bentuk yang menarik dengan mencabar sedikit imaginasi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Tujuannya supaya kanak-kanak dan orang dewasa mampu membuat satu penceritaan ke atas imej yang dilihat.

Melalui cerita rekaan dan pelbagai soalan, kanak-kanak mampu memahami dan dapat mengingatinya ciri-ciri huruf dengan cepat dan mudah. Banyak cerita yang boleh dijadikan perbualan bersama anak-anak.

Inilah momen yg paling menyeronokkan anak-anak bersama ibubapanya/pengajar.

Manakala, di bahagian belakang kad pula, gambar mimik muka yang mewakili baris asas :
1. Baris atas – Buka mulut.
2. Baris bawah – Senyum nampak gigi.
3. Baris hadapan – Muncungkan mulut.

Terbukti ia konsep yg mudah difahami dan mudah diingati anak-anak. Ia adalah asas ke atas bacaan huruf yang bersambung yang membentuk sukukata.

Huruf tunggal dan huruf berbaris TIDAK SAMA.

Melalui persamaan bentuk dan rupa satu-satu gambar (kad hadapan) dan mimik muka (kad belakang), anak-anak dapat belajar untuk membezakan antara kedua-duanya seterusnya dapat mengeja dan faham bahawa huruf tunggal dan huruf berbaris adalah dua perkara yang berbeza.
 
Amat penting untuk memperkenalkan huruf tunggal sebagai asas. Selepas si anak mulai kenal huruf tunggal, perkenalkan pula fungsi 3 baris yg asas secara bersama. Bukan dengan mengasingkan salah satu daripadanya.
Tujuannya supaya si anak faham dan tahu fungsi setiap baris yg dilihatnya di dalam al-Quran kelak.
Ini bagi mengelakkan si anak hanya dapat tahu satu baris sahaja apabila melihat satu-satu huruf.
Tidak semua anak kecil mampu duduk lama dan menghadap buku mengaji.
Salah satu cara yg berkesan untuk menarik minat anak kecil belajar adalah melalui Kad Imbas. Namun, tidak semua Kad Imbas juga mampu menarik minat anak kecil untuk terus melihat apa yg kita tunjukkan kepadanya.




Kad Imbas Khadijah dibuat menggunapakai banyak gambar-gambar yang berwarna-warni bersesuaian dengan imaginasi mereka bagi tujuan menarik perhatian anak kecil lebih lama.
Tidak dinafikan juga, tidak semua anak kecil mampu duduk diam dan fokus terhadap gambar yg ditunjukkan kepadanya tidak kira bagaimana cantik sekali imej tersebut.
Fokus anak-anak adalah cabaran utama kepada ibubapa/pengajar.
Sentiasa kembalikan fokus anak-anak kepada imej/gambar di atas kad.
  1. Biarkan mereka memegang, membelek dan melihatnya lama-lama. Pandu jarinya mengikut bentuk/rupa/ciri yang menyerupai huruf tersebut.
  2. Ibubapa/Pengajar tidak semestinya memegang kad tersebut.
  3. Layan dan kembangkan imaginasi mereka. Pandu mereka membunyikan huruf dengan betul.
Setiap anak kecil berbeza tahapnya bergantung bagaimana bentuk dorongan yang diterimanya di rumah sejak kecil. Mempunyai kelainan upaya atau ‘Istimewa’nya seorang anak itu tidak menjadi isu untuk mereka belajar mengenali huruf-huruf di dalam Al-Quran.
Jangan sesekali membandingkan anak-anak. Teruskan saja apa yang mampu.
Ia memerlukan pengulangan yang konsisten setiap hari. Banyakkan bersabar kerana mengajar anak kecil memerlukan lebih banyak masa untuk mereka menghadamnya. Semakin kerap ibubapa/Pengajar mengulanginya, semakin cepat mereka dapat mengingatinya.
  • Untuk anak berumur bawah 1 tahun, biarkan dan biasakan dia mendengar orang mengaji.
  • Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan abang/kakaknya (rakan sebayanya) yang sudah tahu. Atau bermain membaca bersama Kad Imbas.
  • Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf, barulah boleh mendedahkan mereka dengan disiplin membaca buku seperti Iqra’ atau Muqaddam. Lihat prestasinya. Jika boleh terus membaca Iqra’ 1, jalan terus! Yallah!
Nota : Apabila anak kecil sudah mula suka mengaji, mereka akan kurang menonton kartun kegemarannya. Malah, tidak mahu menonton tv langsung. Boleh rujuk blog peribadi perkongsian mengajar mengaji Puan Khadijah Gani di http://sukamengaji.blogspot.com/
  1. Tidak memaksa anak mengaji.
  2. Biarkan dia mengaji atas kerelaannya sendiri.
  3. Menunjukkan padanya yang mengaji ini sangat menyeronokkan (memerlukan masa yang panjang sebelum dia mahu mengaji dengan sendiri tanpa disuruh-suruh).
  4. Memberi gambaran yang baik untuk selalu mengaji.
Peringatan : Peranan Kad Imbas Khadijah sangat membantu pada usia 1 hingga 3 tahun. Iaitulah semasa mula memperkenalkan huruf Hijaiyyah kepada anak-anak sebagai pelajaran pertama. Selepas anak sudah kenal huruf, mereka boleh terus membaca apa saja jenis/kaedah buku mengaji yg banyak terdapat di pasaran sekarang. Terpulang kepada ibubapa. Ini kerana apabila asasnya sudah kuat (huruf dan baris asas) berikan saja apa jua buku/Muqaddam, si anak pasti boleh membacanya dengan baik. Insha Allah.

Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah ada terdapat di dalam Set Kad Imbas ini.
Untuk melihat video caraguna dan aplikasi permainan Kad Imbas ini, mohon Like dan ikuti Fan Page https://www.facebook.com/KadImbasKhadijah

credit info:
website: http://kadimbaskhadijah.com/
blog: http://sukamengaji.blogspot.com/

untuk pembelian, sila hubungi saya,

Hernee | 012-7669877
hernee.nazir@gmail.com

untuk membantu minda anak anda lebih cergas dan cerdas apa kata tambah makanan minda, OMEGA GUARD.. sekarang promo Buy 6 FREE 1.. ada lagi promo best.. Buy 2 5% OFF.. jimat bukan? ;) RM136 sebotol/ 90 biji.












































You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!