semalam appointment SCOG, HSA.

macam biasa saya akan ambil cuti je.

almaklumlah, waktu menunggu dengan orang yang ramai tu memang memenatkan dan makan masa.

bertolak pukul 8, appoinment pukul 11am ditemani babah ilham.

sampai2, babah ilham pergi parking dulu.

nampak gayanya jauh tempat nak parking memandangkan penuh semua parking lot.

 

20141127_083021

ok. saya refresh balik step by step bagi mereka yang tiada ada pengalaman berjumpa Pakar O&G:

  1. Sila daftarkan diri di kaunter. Tinggalkan buku merah, duduk sehingga nama anda dipanggil.
  2. Bila nama dah dipanggil, nurse akan bagi nombor giliran dan sila standby RM5 untuk bayaran ye puan2.
  3. Puan2 akan diarahkan ke Meja A, sila letakkan buku merah. Sila layan diri ye Winking smile
  4. Ambil sample urine dan masukkan urine test strip dan tunjukkan kepada nurse yang bertugas di meja.
  5. Kemudian sila buang urine puan2 ye.
  6. Patah balik semula ke meja A, dan silalah timbang diri sendiri dan ingat berat anda.
  7. Ambil buku merah dan duduklah di sebelah nurse2 yang free, tiada patient disebelah.
  8. Beritahu nurse berat badan terkini anda, dan nurse akan mengambil tekanan darah.
  9. TInggalkan buku merah pada nurse, dan duduk sehingga nama atau nombor anda dipanggil.
  10. Kebiasaannya sejak zaman ilham lagi, lepas nurse ambil tekanan darah kita akan terus tunggu turn untuk scan. tapi kali ni terus tunggu turn ke bilik doktor.
  11. Bila nama dah dipanggil dan bilik mana yang ditetapkan silalah berjumpa doktor anda.
  12. Selesai jumpa doktor baru disuruhnya membuat ultrasound. (ini kes saya semalam).
  13. Kemudian datang semula jumpa doktor untuk dia menganalisa result ultrasound tadi dan doktor akan set semula next appointment (jika perlu).
  14. Macam tulah lebih kurang stepnya. dah siap silalah pulang ke rumah masing2.

 

20141127_083043

berat terkini 63kg. (tapi macam tak percaya pulak, takkan seminggu naik 1,5kg? Smile with tongue out

dan saya menganggarkan penimbang HSA dan KKGP tak seiring sejalan.

amekawwwwww nota doktor ni panjang lebarkan.

dapat doktor cina muda belia tapi blur2.

bila dia refer doktor india yang sebilik tu, doktor tu suruh saya buat ultrasound.

walaupun saya dah buat isnin kat Poliklinik Rozikin, sebab bukan maternity specialistkan.

so saya pun pergi la buat ultrasound dan balik semula ke bilik nombor 3.

lepas buat ultrasound, tanjat gegirl bila tetiba doktor tu kata.

“awak confirm ada kencing manis sikit. buang air kecil ada rasa sakit tak”

gulp!

tetiba rasa tercekik batang jagung.

saya pun rasa pelik bin ajaib kejap.

eh bila masa ada buat blood test sampai doktor ni tahu aku confirmed kencing manis.

tengok doktor pegang sehelai report bersama 2 copies.

saya jeling jek report tu, nampak nama wanita india, I/C tahun 1991.

doktor tengah syok menulis.

“doktor.. ni bukan report saya kan?”

“ar bukan”

doktor terus stop tulis nota2 cinta kat buku merah saya.

aiyooooo doktor u bagi i terkejut beruk hokkay.

nasib baik i kepohkan Nyah-Nyah

 

20141127_083056

so next appoinment 2 minggu lagi kena menyerahkan jiwa raga di sini pada 10 Disember 2014.

kena ambil BSP 2 minggu sekali.

jadinya minggu kedua Disember saya akan jadi chipsmore di office.

7/ 12 – BSP

8/12 – Appointment doktor KKGP

9/12 – BSP (sebelum dan 2 jam selepas sarapan, makan tengahari, makan malam dan sebelum tidur)

10/12 – Appointment SCOG again!

 

20141127_083304

 

ini formnya.

saya kena isi bila setiap kali buat BSP 9/12 tu.

nampak gayanya kena buat sendiri jek lah.

takkan nak ulang alik ke klinik. pengsan.

nasib baiklah tok ayah ilham ada Blood Sugar Tester tu kan.

bolehlah pinjam untuk monitor kat rumah.

tapi kan.. ada tapinyaaaaaaaaaaa.

“SAYA TAKUT JARUM”

macamana ni kena cucuk jari sendiri.

takutttttttttttttttttt.. Smile with tongue out

nanti saya share ye.

 

20141127_083147

 

ok menyelit sikit.

ni masa scan adik baby isnin lepas kat Poliklinik Rozikin.

saja je dia nak buat surprise kat ummi dan babah.

sepanjang scan dia tututp muka tau.

pemalu eh anak ummi ni.

tapi jantina memang sah2 lagi confirmed “MUHAMMAD ILHAM S*****” hehehe

alhamdulillah perkembangan semua ok.

berat baby ultrasound HSA dan poliklinik sama lebih kurang 1.4kg (29 weeks ++)

cuma EDD jek lain.. HSA 8 February 2015.

Poliklinik Rozikin EDD 11 Febrruary 2015.

whatever pun alhamdulillah ummi, babah dan abang ilham dah ready.

dah prepare sikit2 untuk adik baby.

semoga sihat ye sayang Red heart