Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Bila Si Hero Kecik Request Lauk “Ayam Masak Yellow”

Friday, December 05, 2014

petang rabu, balik kerja macam biasa ummi singgah kedai.
mencari bahan2 nak masak untuk dinner.
tak banyak dah bahan2 mentah yang ada.
capai jek lah ayam sekor, sayur bendir, tomato sebiji dan serai dua batang.
hajat tekak sendiri nak masak ayam masak merah.
tapi ada2 rasa yang nak masak asam pedas ayam.
tangan ni tak tercapai pulak daun kesum.
dah siap beli teruslah balik rumah.
tugas ambil ilham dah pass siap2 kat babah.

sampai rumah, babah tanya nak masak apa.
bagilah proposal ayam masak merah.
sekali dia kata, asam pedas lah semalam dah sambal udang.
aah boleh pulak terlupa Smile with tongue out
so, menu telah bertukar  ke asam pedas ayam.
babah pun redho kena kerah pergi kedai beli daun kesum.

tengah2 ummi duk bersilat kat dapur.
tetiba2 ada suara comel dari belakang.

”ommi masak apa tu?”

”ummi masak ayam”

”isham.. nak ayam yellow boleh?”

“haaaaa??? ayam yellow?”

”aaaa ayam yellow”

ligat otak berfikir ayam yellow apa pulak budak kecil ni kan.
ayam goreng agaknya, yellow sebab lumur kunyitkan.

”aa ah.. ummi ada goreng ayam ni untuk ilham”

“baik.. ommi”

ummi pun meneruskan misi memasak dengan jayanya.
alhamdulillah sebelum pukul 7pm dah terhidang lauk simple untuk 3 beranak.
eh 4, adik baby makan gak Smile

taraaaaaaaa.

 

20141203_185815

 

asam pedas ayam, ayam goreng yang disangka “ayam yellow” dan sayur bendir goreng.

sekali bila dah tengok lauk asam pedas boss kecil marah daaaaaa.

”bukan ni lah ommi.. isham nak ayam masak yellow”

”inikan yellow ni” merujuk kepada ayam goreng.

“bukannnnn.. ommi bangunlah.. gi masak”

amboiiii dikerahnya ummi masak semula.

babah pujuk dia.

“ilham makan je lauk ni ok.. nanti ummi masak ayam yellow”

muka dia memang tak puas hati la kan. geli hati pun ada tengok.

”nanti esok ummi masak ayam yellow ok”  turn ummi pulak memujuk.

“baik ommi”

rupa2nya ayam yellow yang dia maksudkan ialah “ayam masak lemak cili api”
memang ada terlintas kat otak masa tu.
tapi macam rasa ayam goreng pulak.

selit sikit.

 

20141203_185821

ummi’s favorite.. sayur bendir.. bagus untuk diabetes Winking smile
ilham tak nak makan sayur ummi dan babah jek bedal.

 

20141203_191429

 

walaupun tak rela kena paksa makan lauk ayam goreng dan asam pedas ayam.
tapi banyak juga dia bedal.
nasib ada kaki ayam terbuat lah juga kekecewaan hehe.
sampai koreng2 muka tu ha.
meja pun makan sekali nampaknya.

semalam, ummi tunaikan janji.
balik singgah kedai beli santan, serai segala bagai.
bila beritahu dia ummi nak masak “ayam yellow” dia pun excited.
kata babah, baru je keluar dari opah dia dah tanya babah.

”bah.. ommi masak apa?”

amboiiiii.. kan main lagi sekarang.
hari2 kena ikut selera dia. hehehe.
masa hari selasa sebelum ummi masak siap tanya.

”ommi masak apa? ada pedas?”

handal awak eh macam tekak orang tua.

semalam pulak..kita dah beriya nak masak “ayam yellow” dia kata

“ommi.. isham nak mee.. ommi masak la.”

alahai ilham, baru nak tunaikan janji ayam yellow.
dah request nak makan mee pulak.
pujuk dia cakap mee esok je ummi masak.
ajak dia jengah periuk yang tengah mendidih masak ayam yellow.
terus dia berbunyi.

”yesssss.. ayam yellow.. terima kasih ommi masak”

fuuhhhh lega hati.
betullah ayam yellow yang dia maksudkan tu “ayam masak lemak cili api.
kalau bukan juga, migrain ummi nak fikir ekeke.
teruslah dia pegang perut sambil cakap.

“ommi.. saya lapar la”

”ok.. sekejap lagi kita makan sama2 dengan babah eh”

haaaaa.. bila dah siap masak dan hidang atas meja.

 

20141204_190630

 

inilah lauk yang hero kecil saya tu mengidam sangat dari semalamnya.
menu yang dia suka suki bagi nama “AYAM MASAK YELLOW”

 

20141204_190642

digandingkan dengan brokoli masak cincai baling2 bahan.
janji sayur hijaukan.
sebab ummi kena makan sayur sekoyan. hehehe.

nahhh tengok reaksi budak peminat “ayam yellow”

 

20141204_191121

 

siap tarik mangkuk ayam tu, tak kasi babah ambil.

”babah tak payah.. ni isham punya.. babah sibuk je”

kata dia koooooooooo.
babah mampu geleng kepala sambil senyum je la tengok keletah anak dia.
nasi tak luak sangat, ayam 3 ketul dia bedal sorang.
syok sangatlah tu kan.

lepas babah pergi kerja, tok ayah datang rumah.
main2 kejap, dia nak ikut tok ayah balik.
tinggallah umi sesorang kat rumah.
balik dari rumah tok ayah, dia repeat makan nasi lagi sekali.

ohhh anak bujang saya ni memang kuat makan nasi.
makan kadang2 tu tak banyak mana tapi suka berulang2.
jadi malam memang kena standbylah nasi dan lauk masak lebih.
kalau tak meraung ummi kena masak memalam hari.

hari ni ummi kena tunaikan janji nak masakkan mee pulak untuk dia.
mee apa tak decided lagi.

ilhammmmmmm..ilhammmmmmmm..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!