Foods Review

Foods Review | Lontong Warisan Hj. Salim, Kompleks Niaga Parit Raja, Batu Pahat

Monday, December 22, 2014

pagi ahad yang tak berapa pagi. projek mencari sarapan. mula asal nak buat lempeng cicah sambal tumis. sekali mommy ngah ajak try lontong sedap kat Kompleks Niaga Parit Raja. layankan jek lah.

nama kedainya, “Lontong Warisan Hj. Salim”. carilah signboardnya ye. kedai sebelah tepi. tak sempat nak snap signboard sebab lapar mengatasi segala2nya. hehe.

sampai2 tengok meja penuh, ramai gila orang2 bersarapan kat situ. tanya mommy ngah apa yang best sangat kat sini. of courselah “lontong” kan. hehehe. bila tanya, lontongnya ada banyak version.

boleh letak ayam goreng, ayam kicap, paru, sotong, telur apa lagi lupa pulak apa abang tu sebut. hehe. tapi yang tinggal masa tu cuma paru jek. jadi kami pilih “lontong paru” jek lah.

20141221_104932

nilah rupa sebenar lontong paru tu. dugaan nak menunggu tu boleh tahan juga la lamanya. dah macam brunch dah bukan breakfast. nasib baik rasa sedap. memang sedap sesedap rasa, cukup rasa. mula2 nampak macam biasa2 jek. kuah macam cair. tapi bila dah lalu kat lidah dan tekak. auwwwwwwwwmmmm. sedap uolls. konfem lepas ni singgah lagi. ilham dan daddy ngah makan mee hoon goreng je. tu nampak ada mee hoon bersepai atas meja. kerja ilham le tu. hehehe.

kalau uolls tersinggah ke Parit Raja, bolehlah try. serius tak menyesal. harga pun berbaloi2. tak silapnyalah, lontong paru 3, mee hoon goreng 2, teh tarik 1, teh o ais 2, ais kosong 2, air suam 1 cuma RM14.00. murahkan, makan kat sini. kata mommy ngah baru je jadi penduduk parit raja ni, kat sini memang murah2 kosnya.

alhamdulillah, kenyang perut suka hati. next time boleh datang lagi. lepas breakfast pergi cari ikan sembilang. mommy ngah nak masakkan asam pedas sebelum kami balik Gelang Patah.
stay tuned kalau nak tengok rupa asam pedas ikan sembilang mommy ngah yang sedap tu.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!