Koleksi

Hasil Memborong Buku-Buku #PTSYEARENDSALES

Thursday, December 11, 2014

ummi ilham menambah koleksi lagi..
ni kebetulan hari tu PTS Book Cafe ade buat Year End Sales 20-30 November 2014.
diskaun sehingga 80% haruslah grab kan.

 

20141209_203923

 

apa yang sempat diborong?

  • Buku Nikmatnya Sakit Bersalin
  • Buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Ala Barat
  • Buku Origami Emila Yusof
  • Buku Resepi Ibu Berpantang

dapat FREEBuku Cerita Di Simpang Jalan dan VCD memasak Tauhu dan Telur dari Chef Hanieliza

2 buah buku fokus untuk bersalin dan berpantang.
saja menambah ilmu.

buku bento tu, yang Asia memang dah lama beli.
saja beli yang menu ala barat pulak.
nanti dah start semula bento ilham bolehlah jengah2 menu kan.
ilham tengok buku tu pun teruja.

buku origami tu, plannya nak buat origami dengan ilham.
nanti kalau “Projek DIY Origami" bersama Ilham” siap, saya share.
saya memang suka follow hasil seni Kak Emila Yusof ni.
blog, instagram, gambar2 dia, artwork dia semua kreatif2 belaka.
nanti saya share ye buku2 bacaan untuk ilham karya lukisan Emila Yusof.

walaupun ilham belum pandai membaca, saya saja belikan buku2 untuk dia.
bila dia tengok kita baca buku, automatik dia pun teringin nak baca buku.
walaupun kadang2 dengar dia buat ayat sendiri dari gambar. hehehe.
nak gelak pun ada.

tapi kan tetiba hari tu.
dia eja tajuk buku Nani Menon & Emila Yusof.
dari Koleksi “Merangsang Minat Membaca Anak Anda”
tajuknya “BAJU CANTIK”

 

KAVER_bajucantik-240x346-240x346

 

dia pegang buku tu.
sayup2 saya dengar dia eja

“B. A. J. U”

“baju”

CANTIK je dia sebut huruf. sebab tak tahu bunyi lagi. hehehe

erk.. ilham eja sendiri ke?
bila suruh sebut semula.
dia sebut benda yang sama.
tanjat ummi.

sebelum ni dia tahu eja AYAM, APPLE.
itu semua dari hasil tengok VCD ABC yang babah belikan.
saya tak paksa pun dia membaca seawal ini.
mungkin dia terikut2 dan menghafal dari VCD.
disamping membaca bersama2 ilham sebelum tidur.
bedtime storylah konon2nya Smile
alhamdulillah.. ummi babah doakan mudah2an terang hati ilham ye.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!