My Hero Kechik - Ilham Syahmi

“Kunci Abang!”

Tuesday, December 09, 2014

hehehehe.
ni lah ayat yang selalu ummi sebut time masuk dalam kereta.

“kunci abang”

 

20141205_180335

 

maksudnya suruh babah ilham kunci pintu kereta.
almaklumlah penjenayah ada dimana2 kan.
berhati2 jek lah kan.

sejak ilham pandai bercakap.
dia dah pandai ajuk apa ummi cakap.
bila masuk kereta, ummi cakap “kunci abang”.
automatik ada suara budak kecil ajuk cakap ummi tu.

”kunci abang”

kalau babah tak iya kan.
siaplah dia cakap berulang kali.

“babah.. kunci abang la..”

dari situ kami dapat detect yang mungkin dia ingat.
perbuatan babah tu namanya “kunci abang” hahaha.

sekarang ni lagi parah.
dia tak bagi terus ummi cakap.
bila ummi cakap je dia terus marah suruh ummi diam.

”ommi.. tak payah cakap.. biar isham cakap je..ommi sibuk je”

”kunci abang!”


andailah kata masa tu babah dah kunci.
dia suruh juga babah buka semula an kunci balik. hahaha.
ilhammmmmmm.. ilhammmmmm.
kerenah ilham bagi hati ummi babah berbunga2.
walaupun kadang2 rasa nak bertukar jadi “hulk” hahaha.

You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!