Adik²

Menjamu Selera “Asam Pedas Ikan Sembilang” Mommy Ngah Yang Sedap

Monday, December 22, 2014

sebelum balik ke Gelang Patah, mommy ngah jamu kami dengan asam pedas ikan sembilang air tangan dia. macam biasalah asam pedas mommy ngah ilham memang mantop. bukan nak puji melambung adik sendiri, tapi memang hakikatnya pada tekak saya asam pedas dia sama sebiji sebijon rasa asam pedas arwah mak. asam pedas ummi ilham sedap juga, tapi tak sesedap mommy ngah. eh terpuji diri sendiri pulak :P

gambar memang tak berapa memuaskanlah ye. tak kuasa nak angkat kamera babah. hehe.

20141221_130928

ni dia asam pedas ikan sembilang mommy ngah yang sedap tu. kelebihan adik saya ni pada bahagian masakan kampung. tak caya meh datang rumah, bawa bahan2 mentah upah dia masak hehehe.
lawannya.

20141221_130939

kacang buncis goreng berencahkan udang dan telur dadar yang nampak hujung2 jek tu. hehe. lusa mommy ngah balik sini. haruslah kita buli dia masak asam pedas lagi. misi mencari ikan sembilang hari rabu ni. hehe. mommy ngah kata,

“ko makan pepuas ikan sembilang long.. tak lama lagi dah kena pantang”

hehehe. statement ko menggoda aku nak tambah 3 4 pinggan hehehe.

itu je nak share. ikutkan kalaulah tak payah control diet ni, mahu berpinggan2 tambah nasi. tapi terpaksa mengawal tekak. nasi 2 senduk jek ye kakak. selebihnya meratah sayur dan isi ikan. nyum3.
thanks mommy ngah masak sedap2 untuk kami.

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!