Blood Sugar Profile (BSP)

Pemantauan Sendiri Blood Sugar Profile (BSP) – Step By Step

Tuesday, December 09, 2014

ecehhhh.
semenjak dua menjak dah berani cucuk jari sendiri ni kan.
nak le juga share proses step by step buat BSP tu.


20141201_113353

Blood Test Kit jenama Accu-Chek Active

ni peralatan yang perlua ada ya.
jangan memandai2 guna jarum biasa.
nehi2. bahaya. Smile
step2 saya ni menggunakan bahasa pasar jek lah ye.
harap2 faham. hehehe.


20141201_113423
1 – Masukkan jarum ke dalam pen ni. anggap jeklah rupa pen ye.


20141201_113509
2 – Tutup dan putarkan ke angka 3


20141201_113523
3 – Tekan bahagian atas pen sehingga keluar penanda berwarna kuning tu.
tu yang saya bulatkan tu.


20141201_113712
4 – Pilih jari yang mahu dicucuk dan pastikan jangan cucuk jari yang sama.

**nurse kata elakkan cucuk jari kelingking. kalau nurse cucuk rasa terkejut sampai ter”opocot”. bila cucuk sendiri tak pulak terkejut hehehe.


20141201_113839
5 – Masukkan test strip ke dalam blood glucose meter tu, dah picit sikit bagi darah keluar.


20141201_113845
6- Sentuhkan titisan darah ke bahagian jaluran hijau untuk bacaan gula dalam darah.


20141209_103110
7 – Lihat keputusan ujian anda sama ada gula dalam darah anda terlalu tinggi atau rendah.
**ini contoh result pagi tadi jam 10.00am 2 hours after breakfast.

ok kat bawah ni saya nak share, info yang saya dapat dari Klinik Desa Paya Mengkuang.
sebelum snap harus minta izin dengan puan nurse hokkay! Winking smile


20141207_083134

Kadar Bacaan BSP Normal
PRE-BREAKFAST <5 .0mmol="" br="">PRE-LUNCH <6.0mmol/L
PRE-DINNER 
<6.0mmol/L
POST-DINNER 
<7.0mmol/L

20141207_083148

Indikasi MGTT – Kenapa Ibu2 Hamil Di Arahkan Untuk Membuat MGTT
  1. History of GDM – semasa mengandung yang sebelum ni ada GDM
  2. Sejarah keluarga Diabetes Mellitus
  3. Mengalami keguguran berulang kali
  4. History of IUD atau still birth
  5. History of big baby (>4kg)
  6. Melahirkan anak cacat congenital
  7. Mengalami 2 episod glycosuria atau 1 episo fasting glycosuria
  8. Polyhydromnius
  9. Berat ibu >80kg atau BMI >30 (first booking)
  10. Ibu menunjukkan tanda2 kemungkinan mengalami Diabetes Mellitus
    Contohnya: Jangkitan salur kencing yang berulang, jangkitan fungus
  11. Umur melebihi 25 tahun

    ***Saya kena MGTT kerana faktor nombor 1, 2, 3 dan 4. amekawwwww 4 faktor terus. ekeke.

    **Waktu MGTT - secepat mungkin!!

    24-28/ 52 minggu
    32-34/ 52 minggu
Normal Range
GM<7 strong=""> mmol/L
MGTT
  • 1st <5.8
  • 2nd <7.8
BSP

Pre-breakfast – 4-5
Pre-lunch – 4-6
Pre-dinner – 4-6
Post dinner – 4-7

HbA1C = <6.0%

Masa Pengambilan BSP (4 kali)

Pre-breakfast – 8.00am
Pre-lunch – 11.30am
Pre-dinner – 5.30pm
Post dinner – 8.30pm

Masa Pengambilan BSP (7 kali)

Pre-breakfast – 8.00am
Post breakfast – 10.00am
Pre-lunch – 12.30pm
Post lunch – 3.30pm
Pre-dinner – 5.30pm
Post dinner – 8.30pm
Bedtime – 10.00pm

hari ni saya kena hadap BSP 7 kali.
self monitoring katanya Winking smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!