Bento

Resepi #bentoilhamsyahmi Di Majalah Ibu & Anak Keluaran Januari 2015

Thursday, December 25, 2014

saja nak share, ummi ilham keluar majalah ibu & anak lagi. hehehe.

kalau Januari 2014, kami berkongsi cerita duka tentang Episod Kelahiran - Anak Syurga Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir {27 Jun 2013}

entrynya boleh dibaca disini.. Kisah Kami Di Majalah Ibu & Anak Keluaran Januari 2014

kali ni share pasal bento pulak. dalam ruangan “Resepi” muka surat 72 dan 73.

20141223_220537

puas babah ilham ke kedai majalah kat area Gelang Patah ni nak cari magazine ni. tapi taukey kedai kata belum sampai. sudahnya mama cu yang belikan kat AEON Bukit Indah. hehehe.

20141223_220817
Bento Pengikat Selera
muka surat 72


dia siap gelak2 lagi tengok muka ummi yang sememeh tu. apa tidaknya lepas siap2 masak, tak sempat salin baju terus menyediakan bento untuk kali kedua dan terus jek shoot gambar dengan keadaan selekeh tu. hehe. ye kali kedua. panjang ceritanya sampai rasa dah give up malas nak hantar. hehehe.

20141223_220833
 muka surat 73

kawan saya di Fiza, wartawan dari Utusan Karya request untuk saya sediakan 4 jenis bento beserta resepi untuk dikeluarkan dalam majalah ibu dan anak. saya tak bagi jawapan dulu pada mulanya. nak kena tanya encik photographer sudi ke tidak nak tolong buat photoshoot gambar2 bento saya nanti. bila tanya dia setuju. saya pun standby la bahan2 segala bagai. itu pun last minutes juga preparation kami.

4 set bento yang asal sepatutnya saya hantar bukanlah yang di atas. hehe. sebenarnya ini yang percubaa kedua. percubaan pertama bento memang menjadi, cuma gambar dari kamera encik photographer tiba2 ghaib. ohhhh sungguh sadis. nak nangis rasa. hehehe. encik photographer kata, tak apa kita buat lagi sekali. pasrahlah mak buyong terboyot2 prepare 4 bento sekali lagi. hehehe. nasib baik kali ni memory card tak ada problem.

maka terhasillah 4 jenis bento di bawah:

1) Roti telur dengan keju meleleh

20141223_220911


2) Cucur kentang dan lobak merah

20141223_220923


3) Nasi putih dan ayam masak kicap

20141223_221013


4) Fusili Goreng

20141223_220954

alhamdulillah, dapat juga hantar gambar2 bento tu semua. thanks fiza, thanks babah ilham selaku photographer upahan. eceehhhh. nanti ummi belanja makan kat Bakar2 Steamboat & Grill eh. hahaha. padahal diri sendiri yang nak ke sana. 

untuk ibu2 diluar sana, harap2 bermanfaat ye apa yang saya kongsikan tu. saya tak sehebat ibu2 lain, bento diorang lagi cun melecun. saja2 poyo masuk magazine. bento simple2 jek. janji ilham suka makan. lepas siap bento2 ni kami anak beranak ngap la. hehe.

next entry saya akan copy paste kan resepi bento2 cincai boncai saya tu ye.

kalau nak buat rujukan bolehlah beli majalah ibu & anak keluaran januari 2015 ni. banyak juga artikel2 menarik untuk ibu2 menyusu dan berpantang. beli jangan tak beli. 

selamat membaca! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!