Me

Shaklee Motivation & Recognition Rally @ Grand Paragon Hotel, JB

Monday, December 15, 2014

cerita sabtu lagi.
walaupun terkejar2 dari Kukup, semangat nak datang ke Shaklee Motivation & Recognition Rally tetap membara. niat asal memang nak pergi berdua beranak dengan ilham. tapi datang hangin dia tak nak ikut pulak, nak dengan ayah, kejap nak dengan nenek, kejap nak dengan mamacu. sudahnya mama cu yang handle dia.

pukul 3 lebih gerak dari Kukup, hujan dah start lebat. tawakkal jek. jalan jem pulak area pekan nenas. oh dugaan. kalau ikut kata hati, boleh jek nak terus balik rumah. tapi semangat yang ada ni nak juga pergi walaupun masa tu minta update dari mami salwa, dan dia bagitau turn saya naik stage dah terlepas pun. saya cekalkan juga hati ke sana dengan meredah hujan lebat.
alhamdulillah sampai.

ye sampai tapi majlis dah selamat habis. datang ambil sijil jek.
sila tutup muka Hot smile

20141213_171837tak dapat saya naik stage tu  Smile with tongue outmaybe nak bagi adil, sebab penguat semangat saya hero dua orang tu tak dapat bersama. hehehe. ayat sedapkan hati sendiri. ohhh terlupa ummi bukan keseorangan hokkay. adik baby ada teman.

20141213_164728
bukti majlis dah tamat. orang semua tengah syok makan. rasa frust juga sebenarnya. tapi bila memikirkan nak jumpa mami shaklee saya,mami salwa dan adik shaklee saya, nazwa hilanglah rasa frust tu. Allah is the best planner kan.
sebelum isi perut moh kita berposing dulu.

20141213_164522
wakil Green Nutrient Team (GNT), yang tengah tu supermommy GNT.

20141213_164549
jadilah bergambar dengan sijil di bawah stage. ekeke.

20141213_164631
tak puas hati, siap pinjam bunga mami salwa.

20141213_164613
belanja gambar nazwa satu! ibu beranak dua yang menten macam budak sekolah. hehehe.

20141213_165544

dengan ini saya merasmikan “sesi makan” shaklee motivation & recognition rally kali ini. kahkahkah. malu pulak rasa weh. datang makan jek. well, menu grand paragon hotel semestinya sedap2 belakakan. sorry doctor i termakan. 

sepatutnya kali ni ada dua anak shaklee saya sama2 naik stage. tapi nor tengah tunggu masa nak bersalin dan kak linda pulak ada attend wedding kat batu pahat kalau tak silapnya. tak apa next year kita naik sama2 ok.

lepas makan2 borak2 dengan mami salwa dan nazwa, saya pun bergegas balik. kesian anak ummi kena tinggal dengan mama cu. thnaks lah mama cu dan nenek tolong jagakan ilham ye.

next year ummi target kita naik stage berempat dengan adik baby. siap pakej naik stage untuk National Conference Shaklee 2014/2015 lagi. insya Allah Flirt female

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!