ummi ilham memang suka perap cerita. ekeke.

semalam syok cerita makan jek. hari ni nak cerita kisah2 yang dah lama terlepas cerita. hehe.

ni last play group ilham join masa bulan 4 yang lepas. ye perap lamakan. 8 bulan gitu hehe. masak ranum dah. kuang3. sejak sarat pregnantkan arwah syakir, memang tenggelam timbul jek ilham kat GBOB. sampai ramai kawan2 baru pun tak kenal. lepas dari tu barulah ada 2 kali kot datang kelas, satu lagi time celebrate mother’s day. ilham macam biasa pantang lalu jalan Lima Kedai, konfem akan sebut “nak icer” (nak teacher).

akhirnya ummi pun bawa juga ilham sekali sekala time free.

awal2 malu2 tu biasalah kan.

IMG-20140420-WA0008

tekun dengar teacher aida cakap.

IMG-20140420-WA0010

nampak improvement la masa ni.

IMG-20140420-WA0012

favourites soft book ilham. masih lagi digunakan kat rumah dan bakal diwarisi oleh adik baby insya Allah.

IMG-20140420-WA0014

part ni memang dia suka. amboii sampai terkangkang kaki anak ummi.

IMG-20140420-WA0016

butterfly ni kalo yang kat rumah punya tak tahulah mana dah ghaib. kerja dia le tu. mula2 dulu dia tak berapa suka soft book ni. lama2 suka.

dah habis kelas, jom kita balik. eh tak silapnya masa ni ada tragedi april lah. nasib baik ada mama mia tau. sebab ummi tercuai. masa nak masukkan beg ilham tertinggal kunci kereta kat dalam kereta. lebih2 bernasib baik memang tak masukkan ilham dalam kereta dulu. kalau tak, hmmmm meraung kat luar sesorang gamaknya. sementara tunggu mama cu hantar kunci spare dan ambil kunci dari babah yang tengah kerja, sempat ke 7E dengan mia dan mamanya. sempat juga teacher aida ajak lunch nasi ayam. alhamdulillah ada yang membantu. thanks a lot.

IMG-20140420-WA0021

dah settled masa ni. punyalah lega hati kan. syukur alhamdulillah.

sekejapan jek anak ummi dah tersadai dalam kereta. penat sangat join play group kan. ditambah pulak dengan aktiviti tambahan dari ummi. aktiviti menunggu rescue 911 dari mama cu.
kesian ha.

IMG-20140420-WA0025

dah melentok.

IMG-20140420-WA0027

terus ternganga.

IMG-20140420-WA0030

bila dia menyenget gini baru la kantoi ada popok dalam  mulut. bertuah betul. dah mengantok sangatlah ni sampai makan dalam tidur. siap pakej comot lagi tepi mulut tu kan. nasib tak kena hurung semut. ekeke.

sekarang ni dia selalu juga tanya, bila nak jumpa teacher. nak buat macamana ilham, GBOB, JB dah tak ada lagi. nanti ummi registerkan play group dekat tempat lain ye, tunggu saing2 adik baby nanti. alhamdulillah GBOB ni banyak juga bagi positive effect kat ilham. dari awal takut nak ke depan, lama2 dia berani. teacher belum panggil nama dia, dia dah datang. awal2 dulu, part parachute time je tak ada suara lain yang meraung mesti suara dia. lama2 semua tu ok dah. orang lain nangis dia relax jek. jujur saya katakan, saya memang suka methods yang diajar dalam GBOB. thanks teacher aida, teacher watie jasamu tetap kami kenang.

early child education memang sangat2 penting dari alam rahim. sejak ada anak macam2 yang saya belajar. almaklumlah dulu mak ayah kita tak terdedah dengan benda2 macam ni kan. jadi sekarang ni, kitalah yang kena berusaha yang terbaik untuk anak2. buatlah selagi termampu untuk anak sendiri, tak perlu terikut2 orang lain.

oklah, sayonara GBOB, JB.