My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Dialog Ummi & Ilham

Saturday, January 03, 2015

tinggal berdua, kadang2 dia geng ummi kadang2 dia kata tak nak geng ummi.
ummi layankan jek lah. ragam orang nak beradik ni kan.

tadi ummi ajak dia naik atas.
dia cakap tak nak. dia nak tengok hi-5.
ok tak pe. tiba separuh tangga dia kejar nak ikut ummi.
siap peluk ummi sambil cium perut.

“sayang adik syakir”

ummi tanya kat dia,

“adik sape ilham?”

“adik syakir”

"ni bukan adik syakir.. adik syakir Allah dah jaga dia”

“ooo.. macam tu.. sayang ummi.. sayang adik baby”

ummi tersentap kejap dengar ayat dia tadi. well, makin nak bersalin makin cengeng pulak. ingat juga abang ilham kat adik syakir. sabar ye abang ilham, sampai masa tak lama je lagi abang ilham boleh jumpa adik baby. doakan ummi dan adik baby sihat dan selamat ye.

adik syakir Allah jaga kat sana. insyaAllah dia bakal menghuni syurga. ummi doakan semua anak2 ummi masuk syurga. doakan juga ummi dan babah ye sayang2 semua.

ok nak layan abang ilham main puzzle kejap.

Al-fatihah buat anak syurga ummi babah.. Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir.
tenanglah anakanda di taman syurga ummi, babah dan abang ilham akan sentiasa merindui syakir.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!