hehehe.
saja nak share meatball kegemaran kami seisi keluarga.
kalau terbeli meatball lain untuk buat spaghetti meatball bolognese atau buat bakso, raa tak feel gitu. jadi kalau ada plan nak buat menu2 bermeatball, konfem pilihan utama adalah meatball jenama di bawah.

2012-04-28 12.14.50

jenama apa?

tu haaaa, meatball keluaran mohamad armiya foods industry sdn. bhd. 1 kg lebih kurang RM11 tak silapnya. sekarang dah ada packing kecil2. keluaran dari company yang sama.

memang sedaplah berbeza dari keluaran2 company lain. kadang2 tu ada yang rasa lembunya kurang rasa tepung jek yang lebih. tapi yang armiya ni memang sesedap rasa, cukup bahan. cehhh. hamboiiii pandai mengomen. buat sendiri la kak, kan lagi bagus, homemade. ekeke. kakak kekurangan masa kadang2. ecehhhh alasan!

awal2 dulu kalau suruh babah ilham pergi kedai. siap pesan.

“belikan meatball yang lukisan lembu kaler hitam”

tak nak dia tersilap beli punya pasal. sekarang senang dia dah kenal meatball mana yang best tu. hehe. kalau silap beli sila tukar balik :p

itu saja perkongsian saya pagi ni.
sebenarnya gambar ni disnap dari 28 april 2012 lagi.
nak buat foods review tapi tergendala sampai masuk 3 tahun hokkay. ngeh3.

rajin betul ummi ilham!
:p