My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Get Well Soon Abang Ilham Syahmi!

Wednesday, January 14, 2015

semalam abang ilham demam. kesian dia. tonsil membengkak lagi. ikut ummi. pagi ni lepas ummi settle jumpa doktor pakar HSA, kita refer pakar ENT pulak ye untuk dapatkan advice pasal tonsil ilham.

pagi semalam ummi babah time off bawa dia ke klinik. malam badan panas sangat.

IMG-20150113-WA0005

sebelum ke klinik singgah kedai papa cu kejap sarapan. muka tak ada mood jek. roti canai acu kegemaran dia pun dia tak nak.

sampai depan klinik dia dah merengek tak nak jumpa doktor.
dia kata

“ummi jek jumpa doktor. tengok adik baby. saya tak payah”

amboi3. awak yang demam bukan ummi.
kat dalam klinik pun mulut dia je bising.

“saya tak nak kawan doktor”

“tekak saya dah baiklah.. tak sakit pun”

berderet2 alasan dia tak nak jumpa doktor.

IMG-20150113-WA0017

sampai giliran jumpa doktor, dia relax je salam doktor. bila doktor tanya.

“ilham tak sihat ye.. ilham demam ye?”

“eh.. tak lah saya tak demam”

“ooo ok2” kata doktor.

doktor, saya sakit perutlah” eh tetiba declare sakit perut pulak.

“eh tadi kata ilham tak sakit.. ni dah sakit perut pulak.. saya check boleh”

“boleh doktor”

redho jek doktor check suhu dia segala.

tiba2 dia pepandai suruh ummi baring. dia kata doktor nak check adik baby. bila ummi cakap ummi sihatlah awak yang demam dia terus nangis. sudahnya assitant klinik semua gelakkan dia. bertuah betul. doktor nak bagi vitamin dia tak layan.

dah nak balik meriah babai doktor. kat luar terus cakap tak nak kawan doktor.

ilhamlah ilham. ada jek jawapan dia.

ok, kita tunggu pakar ENT cakap apa pulak. harap2 semuanya dipermudahkan.

get well soon abang ilham! ummi babah adik baby doakan abang ilham sihat selalu.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!