Family's Activity

Memenuhi Hajat Tekak Lagi ;)

Friday, January 09, 2015

sian tekak ni kan. dia request sebelum berpantang nak makan steamboat johnny’s. jadi sebagai tuan yang menghargai khidmat tekak ni, tak sampai hati nak kecewakan si tekak. :p

maka petang semalam whatsapp babah ilham. balik kerja ajak ke AEON Bukit Indah nak makan steamboat johnny’s. ekeke. babah setuju, lepas ambil ilham, ambil ummi then berdezup ke sana dalam hujan lebat. hehehe.

IMG-20150108-WA0019

abang ilham yang sangat2 excited dapat berjalan. dia punya excited berjoget ala2 pato la. selamba kodok dia jek. happy sangat2 eh. kesian anak ummi. nanti ummi dalam pantang terperuk jek kita kat rumah.

sampai johnny’s macam biasalah merngorder apa yang patut.

IMG-20150108-WA0024

meleleh pulak air liur kita tengok kuah tomyam tu. rasa macam nak makan sekali lagi. boleh? :p alhamdulillah lega tekak dapat makan. kira kalau bersalin sekarang pun dah ok la ni. ekekeke. minggu lepas, teringin nak kenny rogers, sian babah terpaksa melayan tekak ummi yang ngengada ni. masa babah macam jual mahal tak nak pergi tu, air mata dah siap menjejes keluar dah. sedih benor tak dapat makan kat kenny rogers gamaknya. hahaha. apa daaaaa ummi ilham ni.

IMG-20150108-WA0025

budak dah kekenyangan. khusyuk layan henpon babah. lepas makan singgah daiso kejap. biasalah kedai feveret ummi. bukan cari aksesori bento, saja cari shower foam dispenser la, note book la, tuala untuk dapur la, selipar dalam rumah untuk berpantang la.. hehehe. lepas ke daiso, pusing2 jek sikit2 konon nak banyakkan berjalan supaya cepat dan mudah bersalin. hehe. baru jek jalan separuh AEON mall dah rasa nak tercabut kaki.

lepas babah cari track suit, ummi beli sandal kami pun bergegas la balik ke rumah. ilham setakat beli mainan jek ayam itik. kerja dia nak kumpul animal toys jek lah.

lebih kurang 2 minggu jek lagi ni. sempat lagi nak buat wishlist menu2 untuk dimakan sebelum berpantang. jom fikir. ngeh3.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!