Info Sharing

Pregnancy | Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

Monday, January 12, 2015

petua orang tua2.

dah hujung2 kehamilan elok kerapkan minum air kelapa. adoiii nikmat betulkan dapat meneguk air kelapa muda. lama tu tak dapat minum. mama cu dan babah ilham selalu jadi mangsa belikan ummi air kelapa kat R&R Gelang Patah. hehehe.

20150107_222136

haaaa.. menikmati sebiji air kelapa muda sesorang sangatlah heaven. lagi heaven kalau dapat sedut coconut shake. eh! itu dah silap tu. dah memesong sangat petua tu. hehehe.

air kelapa muda mempunyai nutrisi dan keseimbangan elektrolit yang sama seperti darah.. ianya membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan janin. ia juga menjadikan cecair ketuban menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit bersih, rambut lebat dan mata yang indah.

jom kita tengok khasiat lain air kelapa muda untuk ibu hamil:

1. Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.
2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.
3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.
5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.
apa lagi, selagi belum sampai masa nak bersalin, moh le kita bedal air kelapa :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!