kali pertama outing bertiga dengan hero2 kecil.
mula2 ingatkan nak bawa syamil sorang, abang ilham tinggal dengan babah. sekali babah dapat rezeki shoot gambar sports day company apa entah kat UTM gak. so ummi mempersiapkan diri la menjadi supermak bawa syamil dan syahmi.

alhamdulillah sepanjang meeting anak2 tak lah meragam. cuma abang ilham jek lah mood tak baik dah hujung2 tu. meraung nak murukku auntie haya yang dia sendiri dah bedal banyak. adoii malu ummi nak. ummi bawa epok2 sardin yang super hot awak tak nak makan.
18100_10206254193183762_5729760328898095472_n
adik syamil relax jek bersantai dengan kakak qisya. puas ngempeng dia tidur.

sambil meeting sambil mengunyah. masing2 bawa ole2. alhamdulillah tentatif aktiviti Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB untuk tahun 2015 dah siap dibincangkan dan diusulkan. insya Allah kami AJK dan PC akan cuba yang terbaik untuk merealisasikannya. jangan lupa join ye.

opppssss ummi ilham dan auntie salwa insya Allah jadi person in-charge untuk program november nanti.. family day.. kena standby awallah gamaknya kan. nak buat best2 hehehe.
10986833_10205834140720348_5114940553488707698_n

sebelum bersurai, kita bergambar dulu ye. abang ilham dah ketiduran. nangis tadi tu saja je cari pasal sebab dia sebenarnya dah mengantuk. syamil terpaksalah minta tolong auntie effa pegangkan sebab ummi dah meriba baby tua, abang ilham hehehe.

next entry, saya share latest aktiviti kami dalam bulan april.
stay tuned! :)