Dugaan

Throwback | Cerita Abang Ilham Dan Tonsilnya :)

Thursday, April 09, 2015

ingat lagi cerita pasal abang ilham yang kerap demam kerana tonsil bengkak?
saya ceritakan dalam entry yang lepas.
pagi rabu 14 jan 2015, kami bergegas ke Hospital Columbia Asia, Nusajaya. plan asal nak ke sana untuk refer paediatrician dr. azhar & pakar ENT dr. azhan selepas ummi check up SCOG di HSA. oleh kerana demam ilham sejak malam tak reda dan nampak kaki tangan sejuk biru dan menggigil, maka kami utamakan dia dulu.

bila jumpa paed dan tengok keadaan ilham, dia suggestkan untuk ditahan wad terus supaya nurse dapat monitor demam ilham yang tinggi tu. discuss punya disscus, kami settlekan appointment SCOG dulu, then siap baru balik semula ke rumah ambil baju segala bagai untuk berkampung kat hospital.

bermula 14hb tu kami berkampung di hospital 3 beranak. ummi babah ambil cuti nak jaga ilham. doktor nak stabilkan demam ilham. bila bincang dengan dr. azhan dia suggestkan minor operation untuk buang tonsil ilham. mula2 kecil besar juga hati nak buang sebab memikirkan ilham baru jek nak masuk 4 tahun. tapi bila mengenangkan kekerapan demam dia tu kami nekad dan tawakkal je pada Allah.

doktor kata paling cepat pun boleh buat isnin 19 jan. sebab kebetulan dia ambil cuti weekend tu. dalam masa yang sama nurse akan pantau tonsil ilham supaya tak membengkak. kalau bengkak minor operation tak boleh dijalankan. so sepanjang waktu tu nurse bagi antibiotik. alahai sian anak ummi kan. sabar je la kan dugaan. sebelum operate sempat juga layan tekak orang sakit makan kat johny’s. padahal umminya yang lebih hahaha.

menghitung harilah kami 3 beranak kat wad, tidur bersempit2 dengan ilham atas katil. babah pulak tidur kat bangku. faham2 jek lah masa tu ummi pun dah berat sangat perut ni. sampai dr. azhar kata, saya takut maknya ni pulak yang masuk wad bersalin hehehe. babah kata dia bingung kalau tetiba ummi nak bersalin. macamana nak belah diri hahaha. alhamdulillah family sangat2 membantu kami. ilham dah terkenal kat wad sebab asyik reject doktor dan nurse2. bila doktor nak datang dia marah.. “tak nak kawan doktor.. sibukkkk jek” nurse datang nak bagi ubat dia menjerit lagi.. “tak nak kawan kakak.. sibukkkk jek” nasiblah doktor dan nurse sabar melayan kerenah dia.
hari isnin yang dinanti. ummi yang berdebar2. malam tu start pukul 12am ilham kena puasa. macam2 tahu2 jek dia tidur awal. ummi berdoa dia tak bangun minta nasi. memang harulah jawabnya nak explain yang dia kena puasa. babah pun saiko dia masa tidur, bagitau dia esok doktor nak buang tonsil, ilham jangan takut babah ummi ada teman. serius walaupun minor operation, tapi dup dap dup dap jantung ummi dia ni.
20150119_085440
pagi kami dah siapkan dia. walaupun dia tak nak pakai serkup kepala tu, kena paksa juga sampai nangis2. alahai sian.

20150119_085446
20150119_090205
20150119_090213
babah menenangkan ilham depan OT. sekejap2 nak dengan ummi pulak. alahai anak. puas kais2 dalam henpon cari gambar ilham dan ummi yang berkelah atas lantai depan OT. mana entah ghaib. gambar ummi snap masa ilham dah kena bawak masuk OT pun hilang. nanti kot2 terjumpa akan ditepek buat kenangan.

**update gambar dengan ummi. abaikan kegemokan umminya.
20150409010718
20150409011132
2015040901113266
sayu hati ilham nangis jerit2 nama ummi masa kena bawak masuk OT.
dia jerit2 nangis “saya nak ummi.. saya nak ummi”

ummi kat luar apa lagi..berjurai2 lah air mata macam neng yatimah. mak manalah tak risau bila anak sakitkan. sabar jeklah.

nurse suruh ummi dan babah tunggu luar. kami duduk menunggu kat cafe. doktor kata ambil masa dalam sejam jek. rasa jam ni lambat sangat berputar. menjejes air mata mak neng menunggu ilham kat luar. dah tak hirau orang kiri kanan.

dalam sejam lebih nurse panggil. ilham dah siap dibuang tonsilnya. alahai menjejes air mata, rebeh muka nampak bayang ummi dan babah. nurse bagi tonsil yang dibuang tu, ummi simpan lagi ni buat pekasam hehe. besar juga both kiri dan kanan. terus jek kami balik wad bagi ilham berehat. ubat bius still ada lagi.

20150119_110149
balik wad dia sambung tidur. masih mamai2 lagi. keletihan menangis ye juga. kesian abang ilham. ummi risau juga bab2 makan dia ni. dah la dia tak suka bubur, apa lagi aiskrim vanilla. doktor pesan makan makanan lembut2 dan aiskrim vanilla tu salah satu yang bagus dimakan. tapi malangnya ilham reject eskrem tanpa belas kasihan. dia siap balas balik ayat biasa ummi dan babah bagi kat dia. “tak boleh makan aiskrim kan.. nanti ilham demam” ngeh3. terkedu kejap ummi babah hahaha padan muka.

alhamdulillah bekas operate tu semua ok. risau2 ummi pun tak sangka lepas 2 jam bangun tidur ilham dah aktif macam biasa. siap berjoget pato lagi. bertuah betul. cuma suara masih ala2 donal duck sikit. doktor kata esoknya 20hb dah boleh balik. yahooooooooooo. Allah je yang tahu bertapa lega dengar perkataan “discharge” tu.
 20150120_104645
pagi2 dah bersiap2 kemas baju bajan untuk percutian indah kami 3 beranak. percutian 7 hari 6 malam di Hospital Columbia Asia. hehehe. cuma tak ada swimming pool dengan pantai jek. betul2 bagi ummi rehat before bersalin.
20150120_104814
tak sabar dah suruh babah siapkan dia.

20150120_104913
20150120_105011
kena dera posing depan ummi hehehe.

20150120_122024
sementara menunggu bil, babah suap makan. lepas makan tertidur pulak.

20150120_132251
sudahnya berdukunglah menuju ke car park. alhamdulillah lega sangat2 masa ni. heavennya dapat membayangkan kami boleh bergolek2 kat katil rumah sendiri. adik baby.. adik syamil masa ni sangat2 behave. tak buat hal pun. syukur.

end of the story :)
=====================================

inilah cerita pengalaman membuang tonsil abang ilham. ni ada sedikit info mengenai tonsilitis:
Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut, ini termasuk:
  1. Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
  2. Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
  3. Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
  4. Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.
http://mbbsdost.com/fbapp/index.php?mno=2103
http://mbbsdost.com/fbapp/index.php?mno=2103
http://en.wikipedia.org/wiki/Tonsil
http://en.wikipedia.org/wiki/Tonsil
Kumpulan tisu tonsil ini dikenali Lingkaran tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). Antara symptom sakit tonsil ialah:
  1. Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
  2. Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
  3. Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
  4. Lenguh atau sakit badan.
  5. Sakit kepala.
  6. Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak.
Gambar 1: Tonsil yang bengkak dan radang (http://tonsillectomyrecovery.com/tonsillitis-pictures/) Gambar 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah (http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProject_Medicine/Translation_task_force/Strep_throat_bn)
Gambar 1: Tonsil yang bengkak dan radang
(http://tonsillectomyrecovery.com/tonsillitis-pictures/)
Gambar 2: Tonsil yang bengkak, radang dan bernanah
(http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProject_Medicine/Translation_task_force/Strep_throat_bn)
Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit tonsil mereka akan:
  1. Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
  2. Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
  3. Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
  4. Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
  5. Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.
Oleh kerana itu, kebanyakan doktor akan menyarankan agar masalah tonsil dirujuk dan dirawat kepada pakar ENT.
Rawatan tonsillitis (jangkitan kuman pada tonsil) boleh dibahagikan kepada 2:
1. Rawatan perubatan:
  • Antibiotik – Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
  • Ubat demam/tahan sakit
  • Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
  • Ubat kumur(Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.
2. Pembedahan
  • Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy.
    Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia).
Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum doktor pakar ENT menasihati pesakit untuk tonsillectomy.
Kriteria asas untuk tonsillectomy ialah seperti berikut: (pesakit hanya perlu memenuhi salah satu dari kriteria di bawah):
  1. Masalah sakit tonsil yang berulang-ulang menyebabkan pesakit memerlukan rawatan doktor, ubatan antibiotic dan terpaksa mengambil cuti dari persekolahan atau dari bekerja.
    Mengalami tonsillitis sebanyak 5 kali setahun atau 7 kali dalam 2 tahun yang berturut-turut.
  2. Tonsil yang besar dan radang yang menyebabkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
  3. Sakit tonsil yang menyebabkan kawasan disekeliling tonsil bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
  4. Sekiranya doktor pakar ENT syak pembesaran tonsil adalah disebabkan barah tonsil.
Untuk menjawab soalan Puan Rahimawati, sekiranya anak puan kerap mengalami tonsillitis dan ia mengganggu kualiti kehidupan anak puan dari sudut pembelajaran, aktiviti seharian dan juga kualiti tidur anak puan, saya sarankan supaya membawa anak puan berjumpa doktor pakar ENT untuk rawatan selanjutnya dan sekiranya kriteria asas dipenuhi maka doktor pakar ENT akan menasihati dan berbincang tentang pembedahan tonsillectomy untuk anak puan.
(oleh Dr. Ramiza Ramza Ramli)
http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!