aktiviti weekend yang lepas. berkampung dengan hero2 kecil dan kawan2 geng susu ibu di Plaza Angsana sempena Lovely Kids & Family Expo. macam tahun yang sudah, kami dari Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu, JB buka booth pendaftaran ahli baru dan kaunseling percuma untuk ibu2 menyusu sekitar Johor Bahru.

awal2 saya pilih sesi petang  2 hingga 6 pm. malas nak ambil sesi pagi sebab konfem terkocoh kacah nanti. ok abaikan mind setting ummi ilham yang negatif hehe. mula2 plan tinggalkan ilham dengan mamacu dan nenek, just bawa adik syamil jek. sekali macam tak sampai hati pula. lagi pun ahad ada upin ipin sure abang ilham suka. sudahnya dua2 ummi angkut sekali bertemankan mama cu.
kawan2 lain dah berkampung dari hari jumaat. saya masih berkerja, jadi tak dapatlah join masa first day tu.
Day 1

gambar dari kawan2 untuk yang bertugas hari pertama.

IMG-20150410-WA0016

IMG-20150410-WA0018

penjaga2 booth yang setia. kak tie, kak jeni, effa, wawa, ila, kak haya.

IMG-20150410-WA0019

pagi tu ada satu slot khas untuk KSPSIJB, slot Kekal Sihat dan Langsing yang disampaikan oleh Puan Pengerusi, Pn. Noorul Syahadah Isam.
IMG-20150410-WA0025

IMG-20150410-WA0026

siap ada aerobik lagi uolls. siapa kata menyusukan anak banyak makan tak boleh slim? boleh je. banyak tu kalori yang terbakar. siap boleh bersenam keluarkan peluh lagi tau dibantu si anak. kalau ummi ada masa ni konfem dah beraerobik dengan syamil jadi dumb bell kat atas stage tu kan hehehe.

Day 2

IMG-20150411-WA0043

hari kedua sesi petang giliran saya dan kak tie. tapi PC2 lain pun masih ada meneman.
IMG-20150411-WA0036

cerita asalnya, abang ilham ni datang pakai baju lain. bila dia ikut mama cu ronda UO dan ternampak baju ipin ni, dia terus nak beli dan salin baju ni. adoiii hai bertuah betul. tengok tu selipar buruk barak dia pakai. padahal dah bekal dalam kereta sandal molek sikit. seboleh2 nak pakai selipar jepun yang dah putus tali belakang. gasak la nak janji tak meragam.
20150411_172718

20150411_172727

sempat berposing 3 beranak walaupun nampak gayanya ummi sorang yang fokus kat kamera.

20150411_190114

abang ilham tengah berbual apa entah dengan irdina sambil main lego. adik syamil  tengah busy mengagah2. dah bising dah mulut dia kalau berjaga. alhamdulillah dua2 bagi kerjasama setakat ni.

petang tu ada fashion show dan flash mob dari geng Selat Tebrau Babyweares (STB). ummi ilham pun member of the club tau. walaupun baru nak aktif sikit2 hehe.
IMG-20150411-WA0046

haaaa.. cuci mata tengok stash2 kawan2 STB sambil telan air liur.

next, ummi dan syamil join flash mob. sempat mengular jaga booth kejap. thanks lah kak jeni tukang cover booth kejap.
IMG-20150412-WA0058

tak nampak bayang kami dua beranak terselit kat belakang. bagi otai2 ke depan. hehehe. abang ilham dan mama cu jadi penonton. syok pula menari sambil gendong syamil dengan lagu Happy by Pharrell Williams. walaupun step ummi ilham berterabur haha. ada geng2 ingat ummi gendong anak patung haha. sebab kepala syamil botak chin nampak macam patung.
IMG-20150412-WA0055

lepas flash mob. tiba2 dr. nyazirah aka kak gee panggil saya untuk jadi model bidan terjun ibu yang ber ring sling dengan new born baby sambil dia bagi talk pasal babywearing safety. abaikan lah muka sememeh ummi tu ye. syamil tengah lena beradu. tak sedar pun naik atas stage tu.

lepas settle, kami pun baliklah ke booth. sila jalankan tugas ummi. dalam pukul 7 dah start2 kemas nak balik. balik rumah tapau jek lah. tak sempat dah nak masak2 perut lapar hehehe. berehatlah untuk berjuang hari esok.

Day 3

hari ke tiga expo dan hari kedua bertugas menjaga booth.
20150412_130603

20150412_130651

sian dua2 hero kecik ummi. kena kerah bangun. masuk je dalam kereta dua2 sambung tidur.

20150412_141144

20150412_141700

Ceria jek dia sepanjang meneman ummi. dahi ada tanda sikit abang ilham nak cium adik sekali terkena motor mainan dia pada tangan.

20150412_161643

mudah betul dengan ring sling. lapar ummi bagi susu. lepas susu tidur, lagi bertambah nyenyak sebab berring sling. senang ummi ke hulu ke hilir.
IMG-20150412-WA0072

kenangan 3 beranak kat depan bppth KSPSIJB. bang ilham buat muka pulak. excited dia tu bila ummi bagitau nanti ada upin & ipin. 


IMG-20150413-WA0055

haaa dapat jumpa upin & ipin kat depan stage. muka tu tak tahulah suka ke takut.

IMG-20150413-WA0056

tenung ipin semacam jek. patutnya pakai tshirt semalam tu. tshirt ipin hehehe. dia suka gila. dia kata ipin bagi dia hadiah sticker. sampai ke hari ni jadi sebutan.

tak lama lepas tu upin & ipin ronda booth.
IMG-20150412-WA0089

tak pastilah ni. mak ke anak yang excited nak bergambar dengan upin & ipin. hehehe. sebab tengok gaya mak beriya sengih anak muka cuak. ilham siap jengah dari bawah nak tengok muka upin ipin. dia pelik agaknya kenap besar sangat dorang ni. dalam tv kan comel jek. paling tak boleh dia buat muka malu2 bila ummi suruh salam.

last day kami kemas booth awal. almaklumlah tak cukup kaki tangan. nasib abik mama cu ada tolong auntie effa angkat barang. ummi, ilham dan syamil temankan hannah dalam kereta sebab hannah dah tertidur. sekali ilham datang terus hannah terjaga.

20150412_180122

terus beramah mesra berdua. apa entah dibualkan tu. siap ilham belai2 rambut hannah. hamboiiii.

lepas siap2 kemas, mama cu balik dan kami 3 beranak stay kat depan stage tengok cabutan untuk lucky draw sambil tunggu babah sampai. setengah jam menunggu babah sampai. kami pun pergi la mengisi perut kat Kenny Rogers. lepas makan ronda2 cari kasut babah dan pulanglah kami ke sarang. esok nak kerja weh.

alhamdulillah 2 hari yang menyeronokkan walaupun penatnya Allah je yang tahu. cabaran ummi yang berusaha nak aktif dengan aktiviti kelab disamping hero2 kecik tersayang. good luck superummi! ;)