My Hero Kechik - Ilham Syamil

Syamil The Botak Chin :)

Thursday, April 23, 2015

projek ummi dan babah last 2 week. apa lagi membotakkan budak cenonit ni lah. kalau abang ilham dulu awal2 lagi babah dah botakkan. syamil ni lambat sikit sebab babah nak buat photoshoot new born portraiture untuk dia dulu hehehe. suka hati ek~ 

20150405_110342
relax jek setakat ni kena gondol kepala. dah hujung2 jek dah penat agaknya. merengek nak upah susu. hehehe. makanya sambil babah cukur sambillah adik ngempeng.
20150405_112418
termenung mengenang nasib kepala digondol hehehe. jangan risau ye dik. nanti adik dapat rambut baru.
20150405_114352
lepas siap dibotakkan, ummi cepat2 mandikan adik takut gatal2 pulak kena rambut nanti. lepas siap2 pakai baju ngempeng lagi. oh heaven! kata syamil.
20150405_120010
sampailah terlelap dengan jayanya. senang kerja ummi nak masak. sebiji muka abang ilham masa kena gondol dulu.
IMG_1199_thumb
ni gambar masa abang ilham 2nd time dibotakkan di hari raya qurban. get ready adik. ada 6 kali lagi babah akan botakkan kepala adik hehehe.

mencukur rambut adalah sunnah yang banyak kebaikan dan kelebihannya. lepas ni babah akan timbangkan rambut adik dan anggarkan dengan nilai emas atau perak. duitnya tu akan disedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan. tak perlu buat majlis cukur jambul tu semua tu, amalan yang tak ada dalam Islam :) ilham pun dulu cuma buat majlis aqiqah je. insya Allah majlis aqiqah syamil akan dibuat tak lama lagi.
antara kebaikan bercukur untuk bayi:

membuang kekotoran
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.

biar tak mudah terkena radang

Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.

'menyejukkan' kepala

Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.

rambut baru akan tumbuh

Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!