Dugaan

Throwback | Cerita Ummi Ilham Tiba2 Warded

Friday, April 10, 2015

sambung lagi cerita dugaan untuk family kami sebelum kelahiran ilham syamil.
baru jek tak sampai sehari balik rumah, ummi pulak sambut baton dari ilham check in kat Pusat Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Khor & Loh.

mungkin terlalu penat, tiba2 jek rasa sakit semacam, baby kerap sangat mengeras dan ada tanda coklat. ummi is cemas. tak nak perkara tak elok terjadi kat baby. masa ilham dulu c-section, masa syakir sah2 terus serah diri untuk induce. dua2 tak rasa sakit nak bersalin naturally. dari berkampung kat hospital hari tu memang dah siap2 bekal baju baby semua. kot2 la terbesalin kan. malam pukul 12 lebih 24 jan bergegas ke Khor & Loh.

IMG-20150124-WA0000
sampai sana doktor terus check jalan. bahasa pasar sungguh hahaha. jalan baru buka 1cm. doktor tahan saya untuk monitor sehingga pagi. abaikan kekembangan hidung ummi :p
IMG-20150124-WA0003

kesian tok ayah sampai mengantuk, ibu wee dan wee pun ada teman sekali. ilham tinggal dengan mami ngah, mama cu kat rumah.

IMG-20150124-WA0016

pagi tu, babah siap2 beli sarapan untuk kami berdua. lepas sarapan nurse bawa saya ke labour room untuk buat CTG dan doktor nak buat vaginal examination aka check jalan hehehe. jantung baby semua ok, contraction memang tak kerap jalan masih buka 1cm je. babah cakap maybe ummi terlalu nervous nak bersalin dan tak tahu contraction sebenar macamana. doktor advise balik rumah dulu kalau sakit makin kerap baru datang semula. kami pun berkemaslah balik ke rumah.

sampai rumah, badan saya rasa penat yang amat. tak buat apa pun cuma berehat jek nak makan pun rasa tak lalu. jadinya dah lewat petang baru saya makan. kat rumah adik2 masih ada, jadi dapatlah bantu2 mana yang patut.

malam tu, tiba2 saya kena cirit birit. mula2 ingatkan sekali dua jek. sekali berkali2 sampai 9 kali sampai rasa badan saya tak bermaya. terus ajak babah ilham ke hospital. sebelum ke hospital 3 kali muntah. babah ilham tetiba kena migrain bagi dia berehat sekejap terlampau penat agaknya. jadi ayah bantu bawak saya ke sana.

kami terus tuju ke bahagian kecemasan. doktor tanya apa punca, saya pun tak pasti silap makan ke apa. bila cakap anak saya baru lepas kena rota virus, dia kata ada kemungkinan jangkit kat saya sebab saya contact utama dia. doktor bagi ubat tahan muntah dan cirit birit.

sepanjang menunggu kat hospital tu, 3 kali saya ke tandas dan kali ke 3 ada tanda2 darah coklat. belum pun sempat ambil ubat, saya terus ajak adik dan ayah ke khor & loh bimbang takut2 terbersalin. urusan di hospital columbia saya pass ke babah ilham yang on the way nak ke sana.
IMG-20150125-WA0000

di khor & loh, saya hanya diberi panadol dan smecta ubat cecair untuk cirit birit. jalan masih tetap sama baru 1 cm belum ada tanda2 nak bersalin. diskas punya diskas, kami balik ke rumah je. oh sungguh adventure pergi balik hospital. dah macam rumah kedua rasanya. dari duduk tercanguk kat hospital, baik berehat kat rumah hehehe.
IMG-20150125-WA0009

IMG-20150125-WA0012

budak hensem ni (ok mak puji anak sendiri :p) dibawah jagaan mamacu dan mami ngah. memacam request nak puzzle lah apa lah. layankan jek janji dia tak nangis cari ummi.

ok, stop dulu. sambung lagi dalam entry seterusnya.
betapa adventure nya kehamilan dan kelahiran kali ni hanya Allah yang tahu.
terima kasih Allah memilih kami sekeluarga. inilah tanda Dia masih sayang kami.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!