seminggu bersama, akhirnya berpisah dengan november rainbow.
alhamdulillah, dapat peluang merasa menggayakan woven wrap milik puan ayu marlina.
thanks ayu, wrap ni dalam perjalanan menemui wearer dan wearee seterusnya.

sebelum dipulangkan, sempat juga suruh babah ilham snapkan gambar kenangan.
plan asal nak buat photoshoot kat rumah guna wrap ni.
tapi apakan daya, kekangan masa.
tak sempat nak bergaya dengan wrap orang.
masa seminggu pun dah tamat jadi snap asal boleh je la.

IMG_20150521_142534

oh mai beloved burden! ;)

pagi sebelum pergi kerja, cepat2 siap.
takut tak sempat nak bergaya depan cermin hahaha.

IMG-20150521-WA0013

syamil tak terjaga langsung masa kena sumbat dalam wrap.
ohhh.. setakat ni saya hanya cuba Front Wrap Cross Carry (FWCC) sahaja.

IMG-20150521-WA0014

maknya pun apa lagi. ambil kesempatanlah.
sila abaikan muka yang ala2 tak siap tu hahaha.

IMG-20150521-WA0006

full picture dari gambar yang atas.

IMG-20150521-WA0016

sempat jek berposing depan rumah.
ni kalau ada jiran skodeng ni memang kena gelak je la jawabnya.
entah apa la yang dibuat dek si kak long dan nazir ni hahaha.

IMG-20150521-WA0015

oppssss sorry dik.
ummi tak perasan kepala adik terlentok macam tu.

IMG-20150521-WA0017

inilah budak yang tidur tak sedarkan diri dalam wrap.
syok sangat makin kena kepitkan.

review saya yang pertama kali menggayakan woven wrap.
wowww!!! best gila weh.
sebelum ni saya macam ye tak ye je bab2 wrap ni.
rasa macam leceh panjang berjela nak lilit.
tapi bila saya dah cuba sendiri rasa jatuh cinta pulak dengan wrap.
tapi saya masih boleh control lagi perasaan ni.
belum ada dana lagi nak membeli wrap hehehe.
cukuplah dulu dengan apa yang ada.
ecehhhhhhh ayat cover line.

november rain dah selamat dipos.
mudah2an selamat sampai lah ye.

sekarang jom kita ucap selamat datang kepada “daiesu jigsaw chilli ring sling”
baby carrier ke 3 saya setelah pouch, ring sling jumpsac dan bakal muncul tak lama lagi ssc cuddle me.

IMG_20150519_093220

awal2 dulu masa tengah pregnantkan syamil.
memang RS jigsaw ni lah idaman kalbu saya.
oleh kerana saya macam ye tak ye nak babywearing,
jadi saya ambil keputusan membeli RS pre-loved dulu.
kebetulan hari tu berborak dengan geng2 bf pasal babywearing.
dan terkeluar pula iklan clerance stock sempena mother’s day dari daiesu.
yang tinggal masa tu RS jigsaw chilli & grape ni saiz S (RM138) dan M (RM144) 3rd quality.
fikir masak2 kejap, terus je saya pm tanya stok jigsaw chilli saiz M.
alhamdulillah ada lagi stoknya dan teruslah saya grab :)
dan bermulalah episod menunggu ketibaan jigsaw chilli hehehe.

bila dah sampai.. apa lagi.
jom test drive!

20150519_192641

budak syamil ni, ummi nganga pun dia nganga hehehe.
padahal ummi jerit abang ilham yang sibuk cover depan tu ha.

20150519_192717

percubaan kedua, pelakon tambahan tetap nak menempel.

20150519_192754

percubaan ketiga, adik dah pandai tengok kamera.
abang kita bagi je lah peluang menempel.
sian pulak kecil hati kang hehehe.

masih dalam proses serasikan diri lagi dengan jigsaw chilli.
sebab sebelum ni yang jumpsac pleated shoulder.
yang ni gathered shoulder rasa kekok sikit.
alasan baik punya.. padahal awak tu yang belum mahir hehehe.
jigsaw chilli sedang direndam untuk dibasuh pertama kali.
nanti saya share saya basuh guna pencuci apa ye.

mood sekarang, counting the daysssss untuk bertemu ssc cuddle me alphabet.
baca update dari parenting cafe, esok sampai ke malaysia.
harap2 minggu depan dapatlah kita bertemu ye.
buat masa ni ummi sedang puasa membeli baby carrier hahaha.
okbai!