hoyeahhh.
dapat juga merasa harumanis musim 2015 hehe.
dulu budak2 praktikal bagi.
sekarang beli sendiri je la.
20150515_185741
share order dengan mak buyong, mommy DaSy.
minimum order 3kg RM75 postage rm15.
apa lagi beli 3kg teruslah.
sebab kat situ mentioned 3kg dalam 7-8 biji je.
mana cukup weh.
i is tamak :p
tukang ordernya mak buyong.
ok zalim kejap dera mak yong.
tak ingat berapa haribulan sampai.
hari selasa kot 12hb.
yang pastinya harumanis ini sangat banyak syarat.
tak boleh buka  terus rupanya kena tunggu 15/5 hokkay.
sila bertindak mengikut arahan.
sila tahan nafsu makan juga.
fuhhhh tarik nafas.
20150515_185931
balik kerja 15/5 terus buka.
taraaaaaaa.. ada 9 biji yang saya dapat.
menjejes air liur tengok masa belum potong.
babah kena kerah potong hahaha.
20150517_075832
nampak tak betapa harum dan manis rupa si ahrumanis ni.
sila jangan ngences ye. hehehe.
saya mintak maaf siap2 ni.
alhamdulillah dapat bagi nenek, mami ngah dan mama cu rasa.
selebihnya ummi babah bedal. ngeh3.
20150517_080533
angan2 ummi nak jadi pengusaha ladang harumanis pertama di johor.
jadi berbekalkan biji harumanis ni, ummi nak semai bagi membiak baka harumanis.
hahahaha. beriya la awak ye berangan tak sudah.
tak apa berangan itu percuma.
mana tahu betul2 hidup pokoknya kan.
projek bercucuk tanam dengan babah ilham pun tergendala.
ada hati nak tanam harum manis. kui3.

jom baca info ringkas harumanis: (credit: wikipedia)

Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.[1] Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan pertanian di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.

Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah.[1] Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di dalam rumah hijau.[2]