Bento

Melepas Makcik Nak Keluar TV.. Hehehe

Friday, May 15, 2015

2 minggu lepas babah ilham ada bagitau.
dia ada dapat call dari orang TV1 tanya pasal bento.
nak suruh demo buat bento untuk rancangan feminin.
hmmmm mula2 rasa macam dia nak main2 kan je.
bila dia cakap betul, saya pun percaya.
tapi babah ilham terlupa nombor henpon saya.
boleh gitukan lupa nombor wife dia.
kata dia masa tu tengah serabut dengan kerja kat office.
dia boleh bagi nombor office saya.
tunggu juga sampai ke petang “orang TV1” tu call tapi tak ada.
maybe sebab dia tahu yang kami kat Johor bukan KL.
jadi dia cancel. hehehe.itu andaian saya lah.
andaikata dia call saya memang akan cadangkan kawan saya mama mas.
bagi peluang mama mas kat KL sana tunjuk bakat berbento.

pagi ni saya tergerak hati nak bukak message kat fb.
bukak others.. sekali tengok ada PM dari Cik Nurul Munirah.

bento tv1

alamakkkk.. 27 april messagenya.
memang dah melepas la kan hehehe.
tak ada rezekilah mak nak masuk tv hahaha.

minta maaf ye cik munirah.
next time kalau ada apa2 rancangan nak berbento boleh inform awal2.
kalau saya tak dapat share ilmu.
saya bagi kawan2 saya yang handal berbento ganti tempat saya.

uolls yang nak buat product review/ advertorial/ konsultasi supplement shaklee
atau konsultasi penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya ye.

Hernee Samshudin aka Ummi Ilham
012-7669877 (whatsapp)
014-6106331 (call)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!