My Hero Kechik - Ilham Syahmi

“Saya Nak Sama Macam Upin Dan Ipin”

Tuesday, May 19, 2015

akhirnya terbongkar jua. apa dia?
ni haaaaa anak bujang saya ni.
malam ahad lepas beriya nak pakai topi askar dengan cermin mata hitam masa pergi kenduri.
malam2 hari ok. tak pernah dibuat orang nak oii.

”ummi saya nak pakai hat dengan sunglasses boleh?”

tanjat ummi handal no nyebut sunglasses.

”siapa ajar ilham cakap sunglasses?”
”alaaaa macam kat cerita pocoyo tu mi”

”oooo.. pocoyo ajar eh?”

”ye laaaa”

banyak juga english vocabs yang dia belajar bila tengok pocoyo hehe.
kami pun bersiap2 nak ke rumah nek de.
sampai rumah nek de nak turun kereta dia cakap.

”ehhh.. macamana ni ummi.. gelap.. saya tak nampak”

”lerrrr..memang le awak tak nampak dah awak pakai sunglasses memalam hari kan”

”oooo..macam tu”

kata dia hahaha.
nahhh ni gaya dia malam tu.
IMG_20150516_204645
beriya tak nak buka.

”biarlah saya nak pakai”

ummi pun layankan je janji dia tak merengek nak balik ke apa.
orang tegur pun dia selamba kodok jek.

malam semalam dia buka video upin ipin kat henpon babah.
sekali dia tunjuk kat ummi.

”haaaaa.. saya nak pakai hat dengan sunglasses macam ni.. saya nak sama macam upin dan ipin”
sambil tunjuk scence ni.
IMG-20150519-WA0002
kahkahkahkah.
ummi gelak sesorang nak ajak babah gelak dia dah tidur.
posponed gelak berjemaah hahaha.
rupa2nya beriya nak sama dengan upin ipin.
boleh la boleh la.. ada la iras sikit2.
alahai ilham. bukan best pun jadi upin ipin.
baik jadi diri ilham sendiri kan. hehehe.

itu ajelah ummi nak cerita.
nanti sambung lagi aksi2 mencuit hati dari abang ilham.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!