Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan 2015 – Day 11

Tuesday, June 30, 2015

menu hari ahad. babah kata tak nak lauk berat2. maksudnya nak yang simple2 boleh hirup2 la tu. jadi dia request lauk2 ni.

baik bosss! ;)

20150628_184836

kentang masak air.

20150628_184938

udang goreng sos berasparagus untuk abang ilham. asparagus tu ummi dia yang bedal.

20150628_185011

jeruk ikan tenggiri goreng dan diperah limau kasturi. yummy!

20150628_185024.
penambah selera lagi satu, babah request nak sambal ketuk. haaaaa siap! ni resepi sambal ketuk cara saya.

IMG_20150628_185853

air fruits cocktail by babah ilham. masa ni syamil dah menjerit jadi terpaksa pas tugas buat air kat babah. dannnnnn.. tolong jerang nasi sekali hehehe. tapi petang tu ada kejadian menyayat hati. encik babah terlupa tekan suis rice cooker. maka makan nasi dilewatkan. nasib baiklah ada bubur lambuk dari masjid dapat alas perut dulu. hai lah babah. tak apalah dimaafkan sebab orang puasa hehehe.

alhamdulillah lauk simple2 tapi menyelerakan tekak orang berpuasa :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!