Family's Birthday

14 July ‘15 | Ilham Syahmi Turns 4!

Tuesday, July 14, 2015

ApCDTC5Osm2gXFXFujAlFLMe2pOHKlJD_WivMy08QhCD

“Happy birthday to youuuuuu..
Happy birthday to youuuuuu..
Happy birthday to abang ilham..
Happy birthday to youuuuuu..”

habis je ummi nyanyi dia terus sembunyi dekat pintu. ummi tanya kenapa? dia jawab “saya malu lah” alahaiiii ngengadakan abang ilham ni. dia kata “tu bukan birthday to you saya lah.. tu birthday to you babah”. adoii tak terima kenyataan pulak dia kan. hadiah ummi dan babah dah bagi in advanced. dia yang pilih nak angry bird star wars jenga. selagi tak beli sepanjang masa dia berzikir. bila dah dapat, dia punya excited sampai malam mengigau cekut2 angry bird hahaha. dahsyat betul budak sorang ni.

Selamat ulangtahun ke 4 kesayangan ummi & babah.

semoga ilham jadi insan berguna dan berjaya dunia akhirat. mudah2an Allah panjangkan usia ilham. jadikan ilham anak yang bijaksana dalam semua hal yang baik2. semoga sentiasa menjadi penyejuk mata penenang hati ummi babah. eh sedih pulak hati ummi bila ingat saat melahirkan ilham :’( Allah je yang tahu betapa bahagianya dan terharunya ummi masa dengar tangisan suara ilham 4 tahun lepas. tak sangka dapat juga ummi jadi ibu. maafkan ummi yang tak pernah sempurna mendidik ilham. semoga ilham jadi abang yang boleh dijadikan contoh terbaik buat adik2. thanks selalu buat ummi gelak dengan perilaku ilham. thanks juga sebab selalu jadi pak lawak untuk adik syamil. ummi, babah, adik syamil sayang abang ilham sangat2.

tahun lepas birthday ke 3 ilham request nak adik baby. alhamdulillah Allah bagi ilham adik syamil. tahun ni ada ke patut ilham request nak adik baby lagi 2. telan air liur ummi mendengarnya hehehe. nanti dulu eh abang ilham, ummi tahu ilham sayang adik2. harap ilham lebih bersabar. sakit bersalinkan syamil pun masih terngiang2 lagi  hehehe. malam tadi ilham cakap “ummi ni birthday to you saya ke? betul ke?” ye betul. memang pun. ummi tanya “ilham nak kek ke?” dia jawab “nak.. saya nak kek minion.. boleh? boleh ke mi?” hmmmm.. “boleh ilham”.. “yeay! sayang ummi.. tima kasih ummi” ummi baru teringat, dia nampak kek figurine minion kat AEON bukit indah hari tu. ok, insya Allah nanti ummi tempahkan kat auntie nanie. beriya umminya nak nempah tapi tak tahu bila hehehe. ok abang ilham next year dah nak sekolah tau. bila tanya nak sekolah tak. dia kata tak nak saya malu. adoii suka buat alasan malu. siap tanya kat sekolah tu ada angry bird tak? ada dibo tak? ada animals tak? adoii kalau semua tu ada, konfem ilham tak belajar hehehe. alhamdulillah vocabs ilham semakin bertambah. simple2 english words pun dia dah faham mudah2an Allah permudahkan ilham untuk mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi. ohhh sekarang makin kuat berangan. main sesorang sambil nyanyi lagu potret akim and the magistrate lah.. nyanyi lagu biarkanlah drama band lah.. amboiii.. dia kata “sukanya saya dengar lagu ni.. ni lagu kat rumah opah” hehehe. ada2 je ilham ni. eh panjang pulak celoteh ummi. nanti raya kita potong kek ye abang ilham.

last but not least, ummi babah adik syamil loves abang ilham so much!
muahciked!
Red lips


p/s selalu pukul 12am ummi dah standby entry.. sekarang adik syamil ngempeng.. dengan ummi sekali belayar.. hahaha..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!