Deko Bersama Hernee Nazir

Aidilfitri 2015 | Berhari Raya Dengan Family Ummi Ilham - Part 1

Wednesday, July 29, 2015

hari raya tahun ni giliran beraya di desa paya mengkuang dulu.
macam biasa rumah kami jadi markas berkumpul anak beranak.
sehari sebelum raya saya dah apply cuti siap2. babah ilham pun sama.
tuan rumah haruslah merewang kat rumah untuk santapan hari raya kan.
mommy ngah pun dah balik dah. jadi kami masak gotong royong bersama.
20150717_082436

ni menu raya kami. nasi impit, ayam masak merah, rendang daging lembu (bawah), rendang daging kambing (atas), kuah lodeh. kuah kacang mommy ngah terlupa tanam pokok kacang hahaha.

lepas yang lelaki2 ni ke masjid barulah sempat membedal makanan.
menyiapkan kuih raya masuk dalam balang.

jom tengok gambar2 kami anak beranak.
gambar sebelum keluar rumah beraya dan menziarah kubur ahli keluarga.
GAS_0194
babah ilham ada.. daddy ngah tak ada..


GAS_0186
daddy ngah ada.. babah ilham pulak tak ada.. hehehe.
jadi cameraman gilir2 la gamaknya.


GAS_0185
next..
sesi bermaaf-maafan sesama kami.
memang dah niat dalam hati tak nak sedih2 pilu2 di pagi raya.
GAS_0137
GAS_0141
GAS_0148
GAS_0149
gambar bermaafan dengan babah ilham tak sempat di snap dengan jayanya oleh daddy ngah.
maafkanlah daddy ngah si cameraman pensnap gambar blur hahaha.


GAS_0159
mak wee pun nak bermaafan dengan ayah.
GAS_0161
ilham mintak maaf “selamat hari raya fitri” dengan tok ayah.


GAS_0124
mak wee dan papa cu.


GAS_0125
adik syamil dan mommy ngah.


GAS_0166
mak wee dah pandai posing sekarang maklumlah raya kali kedua seumur hidup hehe.


GAS_0130
abang ilham sebenarnya agak bad mood di pagi raya.
brooch ipin tak dilupakan. nak juga letak kat baju melayu dia. untuk adik dia bagi upin.
dia nak baju melayu upin ipin tapi ummi tak nak leher cekak musang.
ummi prefer leher teluk belanga tak rimas untuk anak2.
lagi pun kata orang joho. haruslah pakai teluk belanga kan hehehe.
20150717_102121
di buat muka toye jek sambil tengok tv.
muka tak ada perasaan gitu.
GAS_0122
adik steady jek.
excited nak beraya konon.
padahal ummi yang excited hahahaha.
kopiah comel adik syamil tu ummi order beberapa bulan sebelum puasa.
mula2 muat elok jek sekali dah raya macam ketat pulak.
abang ilham punya lagilah kesian. ummi silap ukur lilitan kepala agaknya.
langsung tak muat huhuhu.
kopiah tu order dari My Crochet.
serius cantik cuma sayang ummi salah bagi ukuran.
20150717_102208
haaaa aksi budak jakun kena sarung kain samping. hehehe.
kain samping recycle abang punye dulu. jimat!

20150717_102259
abang tu tak nak bagi kerjasama bergambar sambil pegang adik.
kesian la hai adik tu ha.
20150717_102023
yoklah wefie 3 beranak sekejap.
sementara tu babah pergi hantar makanan untuk kawan2 office yang bekerja.

lepas tu kami terus bergerak ke kubur tinggi, tg. kupang.
nak menziarah kubur anankanda, bonda, nenda dan semua saudara mara.
20150717_105611
on the way ke kubur abang ilham dah mula toye.
mata dah nak terpejam. maklumlah tidur lewat teman ummi jahit baju adik.
pagi2 dah kena kerah bangun memang la mengantuk.
20150717_105617
ummi panggil dia pun tetap buat muka toya.
seminit dua dah terbongkang. adik syamil pun sama.
dua2 tidur. jadi dorang tinggal jek lah kat kereta sambil dijaga oleh papa cu.
20150717_105917
hmmmm.. part ni memang tak dapat nak tahan air mata.
awal2 memang dah kuatkan semangat tak nak menangis2 sedih di pagi raya.
tapi bila sampai je ke sini, sedih hati ni tak tertanggung.

”assalamualaikum adik syakir.. ummi dan babah datang melawat adik ni.. ummi bawak abang ilham dan adik syamil.. tapi diorang tidur lah.. hmmm tak apalah hari2 lain ummi datang lagi.. adik syakir baik2 aje kat sana ye.. doakan ummi dan babah dapat jumpa adik syakir di syurga.. adik syakir jaga nenek kat sebelah tu baik2 tau.. ummi, babah, abang ilham dan adik syamil sayang syakir sangat2.. tenanglah syakir di sana..”

Al-fatihah buat Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir dan bonda tersayang Hajah Kasmah binti Daud.

lepas menziarah kubur, macam biasa kita ke rumah tok busu.
ok sambung next entry ya :)
ni nak share jek lah deko2 rumah kami yang sederhana je.
langsir tak tukar pun. cuma tambah sofa tok ayah bagi je.
babah tukar mentol oren bagi new look sikit hehehe.
GAS_0262
ruang tamu 1
GAS_0263
ruang tamu 2
GAS_0264
kawasan tv
GAS_0259
ruang makan.
kononnya plan nak letak kufi art.
tapi sampai sudah babah tak siap2kan pun.
GAS_0258
ruang jalan nak ke dapur.
simple je rumah kami, asalkan penghuni kat dalam tenang bahagia.
syukur alhamdulillah :)

You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

  1. best sambut hari raya..comel anak2 dlam pic ni..

    design rumah simple, but nice..just peace and cheerful..

    jom, lawat blog saya.

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!