BFF Ummi Ilham

Aidilfitri 2015 | Berhari Raya Ke Rumah Mama Dida & Ibu Oja

Thursday, July 30, 2015

dah lama rasanya tak beraya secara berjemaah dengan kawan2 sekolah.
jadi kebetulan ada masa2 free meh la kita beraya bersama.

Beraya Ke Rumah Mama Dida

ibu azie dan family nak datang beraya di rumah kami.
jadi apa kata kami 3 beranak join sekali beraya ke rumah dida.
babah raya kedua kan dah start kerja, jadi kami terperuk jek bertiga beranak.
dengarnya mama dida masak2 soto segala.. terus ummi ilham telan air liur hehe.
dari boring terperuk di rumah raya ketiga, baik kita join ibu azie beraya.
gambar family ibu azie beraya kat rumah kami lupa pulak nak snap.
jadi tak bahan buktilah hehehe.

20150719_162339 
hamboiii abang ilham berangan nak main gitar abang aryan.
siap cakap dengan ummi.. “ummi nanti belikan saya gitar boleh?”
ummi terus je snap gambar dia, nak tunjuk kat babah dia minat gitar ni.
selama ni berangan dengan gitar babah je kat rumah hehehe.

20150719_163257

adik syamil macam biasa, steady je mula2.
ummi sempatlah makan semangkuk mee hoon soto mama dida.
tengah2 makan dia dah ngek2 dah. dah ngantuk sangat dah tu.

20150719_163520

sebelum balik sempat bergambar beramai2 buat kenang2an.
next year belum tentu dapat beraya bersama.
ilham buat perangai tak nak bergambar, sibuk nak sembunyi belakang ummi.

20150719_165623

masuk je kereta budak kecil cenonit ni terus tidur.
alahai adik mengalahkan jauh sangatlah perjalanan kita ni oii.
malam tu kami sambung beraya ke rumah pok teh.
malangnya satu gambar pun tak snap hehe.

Beraya Ke Rumah Ibu Oja

ini cerita sabtu lepas, sesi beraya berjemaah dengan mama mie dan mommy long ke rumah ibu oja.
mula2 mamie dan along beraya ke rumah kami. lepas tu barulah kami berangkar ke rumah oja.
anak2 semua ikut mak2. ayah2 masing kerja malam. jadi siang haruslah menidurkan diri.
kami tiga beranak numpang mama mie jek hehehe.

20150725_154501

20150725_154603

20150725_154220

20150725_154400

belum makan minum dah sibuk nak bergambar.
gasaklah kekawan oii. kita nak bergambar sama2 pun bukan senang.
duduk dekat2 je tapi masing2 ada komitmen sendiri kan.

IMG-20150725-WA0008

thanks tuan rumah yang bersusah payah masak nasi ayam yang sedap ni.
berkali2 menambah oiii sambil menyuap abang ilham.
abang ilham biasalah, jumpa abang2 je dia memang suka.
ummi ni sekejap2 menjengah dia jangan sampai mengacau abang2 tengok tv.
beriya remind anak, jangan nakal2. tup2..

IMG-20150725-WA0014

haaaaaaa.. omak eh yang buat onar.
beriya sangat makan popiah mini kan, sampai tertonggeng balang ke lantai.
mentang2 kat rumah sendiri tak ada.
tu yang makan bersungguh sampai berebut2 dengan mommy long.
hahahaha. elakkan anak buat hal, rupanya mak dia yang buat hal.

20150725_165057

last but not least, gambar beramai2.
cameraman abang haziq yang dipaksa rela hehehe.
mintak maaf tuan rumah banyak buat onar.
jumpa lagi raya tahun depan hehehehe.
jangan lupa sabtu ni kita serang rumah mommy long.

IMG-20150725-WA0011

on the way balik, adik syamil syok tidur. madang tidur je dik.
penat sangat layan ibu oja hehehe.
ok, nanti sambung lagi cerita raya kami ye.
babai! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!