Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan 2015 – Day 17

Monday, July 06, 2015

hari sabtu, boring duduk rumah mami ngah ajak ronda2 ke Bandar Baru UDA Business Centre. cuci2 mata di butik2 yang best2 kat situ. mula2 macam malas nak mengharung jem dan cuaca yang panas bercetang tu. tapi last2 tergoda juga.

sampai sana manusia ramai yang amat. fuhhh dengan tak ada parking lot free lagi..pusing2 sudahnya sangkut jem. dah nekad nak balik rumah je malas nak terjah. sekali sebelum keluar dapat la parking haram kat tepi jalan. beriyalah kami terus tuju ke butik kegemaran saya, calaqisya. zassss.. zasss.. dapat sehelai nursing jubah dan sehelai shawl. settled baju raya ummi. then ronda satu dua kedai lain dan terus tuju ke zawara sebab mami ngah dah berkenan kat koleksi raya zawara. zassss.. zassss.. mami ngah settled baju raya. last sekali..

zassss ke jakel babah call, ilham kata kat babah saya nak pergi maikel hahaha. suka hati ilham tukar nama. sampai jakel tujuan nak cari baju melayu. zassss.. zassss.. dapat baju abang dan adik. rezeki lagi dapat kaler yang sama untuk babah dan dedi ngah. fuhhhh settled. ilham merengek nak jumpa upin dan ipin. siap ajak naik level 2. nak tunggu upin ipin. yang ada cuma patung upin ipin pakai baju melayu je ahahaha. menuntut sampai ke rumah, dia kata ummi lupa tunggu upin ipin belum sampai lagi. sudahnya nak puaskan hati ummi belikan jek brooch upin ipin. abang upin adik ipin. nak beli baju melayu upin ipin jenis cekak musang rimas tengok. lebih cun yang teluk belanga. kata orang johor kan mana boleh dipisahkan dengan teluk belanga hehehe. lepas settled semua terus balik rumah sambil drive sambil discuss dengan mami ngah nak masak apa. panjang pula cerita bershopping express.

sampai kedai kebetulan ada ikan pari. wow. sedap ni buat asam pedas. beli2 terus zassss balik rumah memandangkan jam dah pukul 5.30pm. balik rumah apa lagi bersilat kat dapur. sempat masak asam pedas pari, syamil dah menjerit nak susu. maka mami ngah sambung masak nasi, goreng sayur dan ayamas.

nahhhh inilah menu berbuka kami.
20150704_185149
nasi putih, asam pedas ikan pari, bak choy sos tiram (sayur feveret ummi hahaha), ayamas goreng, sambal hitam belimbing, murtabak papa cu, kuih talam babah beli, air teh o dan asam boi.

alhamdulillah kenyang berbuka berlima termasuk acu nuar sekali. macam biasa adik syamil dengan tabah menunggu ummi kat rocker sambil merenung apalah yang dibuat dek orang2 tua ni hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!