My Hero Kechik - Ilham Syamil

Persediaan Solid Food Untuk Ilham Syamil

Friday, July 24, 2015

20150721_113622


“yeay! saya nak makan.. saya nak makan..
ummi pleassse la buatkan solid food yang best2 ye macam ummi buatkan abang ilham dulu.
saya dah penat dah asyik makan jari jemari je.
jangan sampai saya makan jari kaki.
nanti ummi dan babah juga yang cuak nanti.
hahahaha.”

oiitttt.. adik jangan la ugut ummi macam tu. tak baik tau. hehe.
ok lah ummi tengah prepare sikit2 ni untuk first solid food adik.
don’t worry baby.. ummi akan pastikan adik makan air tangan ummi.
sampai air tangan ummi kering hahahahaha.
nestum? ohhh no.. selagi kudrat ummi berfungsi, insya Allah adik makan je apa ummi masak.
abang ilham pun tak pernah merasa nestum.
baik ummi masakkan sendiri lagi sedap hingga menjilat jari.
(ok ummi terpuji diri sendiri :p)

Persediaan apa yang ummi buat?

1. Ilmu
ilmu alhamdulillah masih ingat lagi sejak zaman abang ilham. awal2 ni ummi start dengan puree dulu. bagi salam perkenalan untuk perut syamil. tak nak nanti perut terkejut tetiba je ummi bagi makanan keras2 hehehe. kena la ikut “4 days rule”. haaa macamana tu?

table for 4 days rule
ini contoh jadulanya. “4 days rule” maknanya kita perkenalkan bayi dengan makanan yang sama dalam tempoh 4 hari berturut2. tujuannya untuk memastikan bayi tak alergik untuk setiap jenis makanan (buah2an/ sayur2an) dan juga untuk memastikan bayi tak sembelit. ibu2 boleh guna jadual kat atas tu. credit kepada owner group homemade solid foods for your baby.

foods-for-baby-list


ok ummi juga merujuk pada jadual makanan untuk bayi mengikut bulan macam kat atas ni. haaaa kan senang, boleh tahu makanan apa yang boleh diberi ikut umur. kita santai2 je ye dik. tak perlu terburu2. banyak dan panjang lagi perjalanan kita ni. ummi akan bagi adik cuba satu2 makanan.

2. Steamer
ummi guna “Steam It” ni je. beli lama dah dengan ummi nor brand tupperware. memang tak pernah guna lagi. jadinya syamil la yang bakal rasmikan. tak payah beli yang baby food steamer pun tak apa.

header_steamit
3. Blender/ food processor

201375170235622930
angan2 nak beli baby bullet blender ni. dari abang ilham dulu mengidam nak beli. tapi hmmm kena minta approval dari babah dulu la. takut nanti beli jadi tukun hahahaha. tak memasal dapat ceramah perdana.

panasonic-blender-with-dry-mill-psn-mxgm1011
masa abang ilham dulu ummi guna blender biasa je. mula2 plan nak beli hand blender. tapi rasa macam membazir pulak jadi guna je blender kat rumah tu. kena beli glass yang baru. tak boleh campur dengan glass yang pakai blend lada kang meraung syamil kepedasan. silap2 babai baby bullet, ummi pakai blender biasa jek hehehe. tapis plastik pun ada untuk lecek buah2 sayur2 bubur2.

4. Puree storage cube.
f45db0871693edb9efd65923d0d2c33e.image.240x240

on the way tunggu one baby world pos kan. ummi beli 2 set. senang nak buat stok puree syamil nanti. makin excited nak start buat puree semula.

29140

dulu abang ilham ummi guna food container ni jek. mana entah perginya food container ni. dah kena humban dengan babah ke apa.. hahaha. pindah randah rumah hari tu tak tahulah mana dah terselit. jadi kita beli baru je la ye. alasan si emak! hahaha.

5. Feeding tools

799d97b1cbc1ce30da257b6e06c50058.image.238x240

si emak is ngengada nak beli “baby food dispensing spoon” macam ni. tanya2 mak2 lain mana nak dapat hahaha. sudahnya beli online di one baby world. saja mencari tools yang memudahkan opah untuk bagi adik syamil mamam nanti. abang ilham dulu ummi pakai bowl and spoon baby yang biasa2 jek. hadiah masa adik lahir hari tu pun ada kat rumah boleh guna.

6. Resepi2 solid food
bab resepi ni jangan risau. banyak je koleksi resepi2 ummi ni. masih tersimpan rapi lagi nota2. adik cakap je nak makan apa. ummi sanggup buatkan hehehe. nanti ummi share resepi2 best tu.

hmmmm.. semakin banyak bercerita semakin tak sabar ummi nak bagi adik makan. semoga urusan kita dipermudahkan ye dik. syukur alhamdulillah fasa 6 bulan pertama perjalanan penyusuan kita bakal berjaya. yeay! alhamdulillah.. clap..clap..clap.. 18 bulan lagi.. chaiyok2..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!