puasa ke 18, memang awal2 dah plan kita akan berbuka puasa di restoran johnny’s ya anak2 hehe. dari minggu lepas ilham cakap “ummi.. saya nak makan kat johhny2 yes papa” hahahaha. lepas tu dia terus nyanyi lagu ni sampai habis..
Johny, Johny!
Yes, Papa
Eating sugar?
No, Papa
Telling lies?
No, Papa
Open your mouth!
Ha! Ha! Ha!
sebenarnya ummi suka juga layan dia nyanyi lagu ni. sudahnya tiap kali dia request nak makan kat johhny’s, dia akan nyanyi lagu ni lah hehehe.
ok back to the topic.. mula2 kami ke jakel BBU sekejap. tukar baju melayu babah. saiz L cuttingnya besar sangat. jadi tukar ke M. berdezup ummi pergi tukar, anak2 tinggal dengan babah dalam kereta. lepas tu kami terus ke AEON Bukit Indah. actually belum shopping raya yang sebenarnya. ni shopping sikit2 untuk ummi yang nak berangakat meninggalkan babah dan anak2 hari rabu ni. insya Allah kalau tak ada aral melintang.

sampai AEON yang penting sila book makan dulu. alhamdulillah nasib baik cepat. betul2 tinggal satu meja yang tinggal. dapatlah berbuka tepat pada masanya di johnny’s. sebab ingat last year kitorang berbuka kat johhny’s tapi second round dalam pukul 8pm sebelum tu alas perut dengan colonel burger kfc hahaha.
20150705_191727
si kecil ni macam biasa berkepit dengan ummi je. nikmatkan. alhamdulillah adik behave masa ummi berbuka. cuma mulut je bising membebel.
20150705_191824
abang duduk dengan babah. senang babah nak top up kan makanan dia. siap suruh babah buat peace lagi tu hehehe.
20150705_191810
nampak tak “muka puas hati” abang ilham dapat makan johnny2 yes papa.. hahaha. dia siap cakap, “pandai ummi bawa saya makan johhny. sukanya saya makan. time kasih ummi” hamboiiiii bodek baik punya.
20150705_192058
nah cuci mata sambil telan air liur hehehe. lepas makan kami ronda2 lagi sikit je. lepas tu dah balik la terus. dah tak larat kepenantan.
20150705_203754
adik syamil awal2 dah surrender. ummi tengah belek barang tup2 tengok dia dah sampai ke lalaland hehehe. bershopping lebih mudah dengan SSC cuddle me kesayangan ummi hehehe. lupa nak snap gambar babah carry syamil guna SSC untuk pertama kalinya hehe. next time lah ye.

oh ya, semalam tak masak lagi. sebab ada jemputan berbuka puasa di absolute thai, medini mall. nyum3. entry menyusul nanti ya :)