RAMADHAN DAY 26
ohmaigucci! busy benor memasaklah kononnya sampai terlupa snap gambar. tapi kalau snap pun tetap gambar lauk yang sama. kiranya 3 kali repeat lauk ni sepanjang berpuasa. cuba teka lauk apa? clue nya.. lauk feveret abang ilham hehehe. of courselah lauk ayam masak lemak cili padi kan. ditambah sayur kobis goreng bersoh hoon dan telur dadar. babah beli air mata kucing dan murtabak papa cu. ohh kami ada tetamu dari senggarang, pak teh dan kawan2 yang nak ke stadium tengok bola. tapi ummi masak ala kadar je.

RAMADHAN DAY 27
berbuka di kenny rogers, plaza angsana. ummi saja ngengada nak cuci mata kat romantika. kebetulan birthday ilham kan. so nak belanja ilham makan kenny rogers. tapi malangnya birthday boy nak makan KFC. hmmm layankan je lah. babah sila beratur mentapau KFC. ramai yang amat manusia.
20150714_192655
syok sangatlah tu makan. dia dah berbuka awal ikut waktu sabah hehehe.
20150714_192657
ummi suruh buat muka elok2. dia bagi muka ni. ummi cakap ilham dah 4 tahun. tapi dia seboleh2 kata dia 3 tahun. lepas tu siap nak minta diskaun umur. dia nak 2 tahun hahahaha.
20150714_192801
adik syamil macam biasa. berbuka makan tangan dan jari jemari. sedap sangat mungkin :p
20150714_192829
habis basah tangan ummi dia makan juga.


20150714_192707
sementara kami tunggu order sampai. makanlah popiah basah yang babah beli ni. buat2 alas perut dan mengelakkan muka menjadi hijau sebelum makanan sampai.

20150714_193313
ok makanan dah sampai. marilah kita menjamu selera, set quarter meal, side dishes coleslaw, mashed potato dan baked beans dibilas bersama ice lemon tea. lepas berbuka terus ke romantika. cari2 bunga2 yang menarik hati dan akesori lain dan berdezup keluar balik. mula2 babah ajak ke kilang bateri, tapi tetiba ajak ke jakel. dalam hati dah berbunga2 yeay dapat beli karpet baru hehehe. lepas beli karpet babah ajak balik tak jadi pergi kilang bateri. ummi ok jek. pergi ok, tak pergi pun ok. boleh balik rumah cepat sikit dah penat. hehehe.

ok itu saja cerita ramadhan ke 26 dan 27 kami. alhamdulillah persiapan raya kami dah siap sepenuhnya (kecuali tiba2 tok ayah nak belanja baju raya lagi hahahaha). hari ni tak plan lagi nak masak apa. babah dah sound bila nak buat kacang pool.. anak bujang pulak request anak ayam red. hmmmmm.. uolls berdua redho je la apa ummi masak petang ni ye ;)