Ilham Learning Phase

Abang Ilham Dan Angry Birdnya

Monday, August 24, 2015

ilham syahmi memang peminat angry bird tegar.
kadang2 syok sangat main angry bird sampai terngigau2.
set angry bird jenga star wars ni untuk budak2 6 tahun ke atas tak silapnya.
dah lama dia request. bukan tak nak belikan. tapi harganya mak oii.
tapi akhirnya babah belikan juga sebagai birthday present.
masa sehari dua baru beli, siap mengigau main cekut2 angry bird atas katil haha.

20150823_092528

20150823_092653

ini kubu pertahanan angry bird dia.
siap bercampur dengan lego sekali. asal boleh.
jangan le sesekali diruntuhkan ke didengki ke.
memang meraunglah member ni hahahaha.
setiap kali berjaya bina kubu baru, mesti suruh ummi tengok.
ummi atau babah dimestikan untuk komen kalau tak dia tak puas hati.
kalau ummi diam nanti dia membebel.

”ummi tengok ni saya buat”

kadang2 saja buat2 diam.
nak tengok apa reaksi dia tu kan.
biasanya kalau dia buat sesuatu ummi akan bagi pujian.
puji hasil kerja.. idea dia tu naikkan semangat dia.

”ummiiii.. cakaplahhhh”

”wahhhhhh.. cantiknya, pandai abang buatkan”


sambil peluk tubuh cakap.

”mestiiiiiiiilahhh.. saya pandaikannn”

cessss. bukan main lagi kan. ye la ilham budak pandai kan.
nanti ilham cuba buat bentuk lain pulak ye.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!