Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Makan Free Di Hari Sabtu ;)

Sunday, August 02, 2015

sebelum anak2 bangun meh kita mengomel al membebel di blog hehehe.
taip selaju mungkin untuk entry esok2 sekali. chaiyok2.

semalam ikutkan ada 8 jemputan. fuhhhh.
sila bayangkan kalau pergi ke lapan2 buah rumah mahu terboyot perut hahaha.
tapi dalam 8 tu kami mampu sampai ke 4 jemputan je.

1) Jemputan Rumah Mama Dida

oleh kerana syamil syok tidur, jadi ummi malas nak kejutkan dia. janji dengan kawan2 pukul 1.30pm jumpa kat rumah mama dida berkumpul sebelum ke rumah mommy long. tapi nampak gayanya kami dah terlajak. jadi kami tak lah ke rumah dida lagi pun dah beraya hari tu kan. ada juga perasaan malu2 nak datang kali kedua hahaha.

2) Jemputan Rumah Mommy Long

kami sampai 3 beranak, geng2 lain belum sampai lagi.
pusing2 cari tempat duduk, cari mommy long sudahnya ummi adeeb jumpa seat kosong bagi kami duduk.
tanpa membuang masa terus serbu ke area kambing golek hahaha.
ilham dah berdondang dendang sebab dapat aiskrim feveret dia.
apa lagi kalau bukan aiskrim traffic light. uncle aji dah bawa dia pergi ke tong aiskrim.
pung pang pung pang 3 batang aiskrim traffic light dia bedal.
memang lepas geram betul tu sebab dah lama kedai2 kat area taman ni tak ada stok aiskrim tu. hehe.

tengah2 makan baru nampak bayang oja dan mamie.
tapi sorry leah kekawan, ummi ilham dah bedal dulu sebab nak kejar masa nak ke tanjung pulak.
lepas makan macam biasa, bukti kedatangan.

20150801_151933

apalah tuan rumah tu cakap ek, muncung sampai singapore hahaha.

20150801_151904

kak min comel berbaju kurung hijau.

20150801_151954

ummi adeeb aka ibu susuan syamil dan ibu oja.

20150801_152343

haaa ramai2 bergambar dengan tuan rumah. ilham tu tak pastilah kenapa syok sangta menyulam jari jemari ummi.

20150801_152815

tambah inda lagi sorang lambat sampai.

20150801_153345

sebelum berpisah masuk kereta masing2. mak2 berwefie. haaa ko penuh muka memasing. hahaha.

3) Jemputan Rumah Terbuka PSZ, Giant Leap, Tengyu @ Restoran Tanjung Nelayan

ni jemputan tok ayah dan company2 contractor forest city. yang ummi ni mati2lah ingat esok.
sekali mommy ngah kata hari ni. hahahaha.
dah beriya plan dengan babah jadual hari ahad ke sini sebelum ke pasir gudang.
nampaknya kami 3 beranak je lah ke sini, dioang semua dah tunggu kat sana.

20150801_161536

makanan lus semangat banyak.

20150801_155233

sebelum memulakan aktiviti makan, haruslah suruh mommy ngah jagakan syamil.

20150801_155758

banyak2 makanan, kambing golek juga pilihan hati. tak mampu nak sumbat nasi ke apa.
makan kambing golek jek. eh tapi kenapa gambar kambing ni dah macam kek kukus haha.

20150801_160446

mak wee ceria bila ilham sampai walaupun selalu jadi mangsa buli ilham.
kesian mak wee kan.

20150801_161403

percubaan bergambar yang disabotaj.

20150801_161425

ingatkan dah ok la gambarnya kan. rupanya daddy ngah pulak sabotaj. cissss.

20150801_161509

wefie dengan mommy ngah dan nenek. sorry syamil. nampak kepala awak je. hehehe.

lepas tu kami terus bergegas balik kononnya nak join ke rumah ke 4. rumah cik munah.
balik bagi syamil mamam then babah call suruh siap2 pukul 6pm dia balik.
yok kita ke pontian rumah kawan babah ada majlis aqiqah.

dari sini dah buat keputusan terpaksa korbankan 2 rumah..

4)  Jemputan Rumah Cik Munah – terpaksa ditolak

5) Jemputan Rumah Ida Procurement – terpaksa ditolak

tak larat wooooooooo. pecah usus kang hehehehe.

6) Jemputan Rumah Uncle Apong

sampai pontian dalam pukul 8 lebih. makan2 pung pang pung pang dah pukul 9.
terus berdezup balik. gambar memang terlupa nak snap.
atau mungkin bateri ummi dah weak. bukan bateri henpon bateri dalam badan hahaha.
apa tidaknya keerja melantak kambing je hehehe.
ni rumah ketiga makan kambing, masakannya sedap.
apa je yang tak sedap kalau masuk mulut ummi ilham kan hahaha.

dalam perjalanan babah kata ada 2 lagi jemputan. kawan di taman perling dan
jemputan abang apa setaman dengan kami je.
sudahnya babah kata kita ke rumah abang apa jek.

7) Jemputan Rumah Kawan Sekolah Babah – terpaksa ditolak

8) Jemputan Rumah Abang Apa

sampai dah pukul 10pm. layankan aje lah babah ilham ni.
dia kata tak sedap kalau tak datang.
ku gagahkan juga walaupun mata macam digam2 haha.
ingatkan tak nak makan, tapi tengok laksa johor hmmmmm.
siapa mahu tolak hehehe. ok jamah sikit. lepas siap makan bersalam2 semua baliklah kami.

itu je cerita makan free semalam.
walaupun makan free kat rumah tetap kena masak. menu kamu 2 beranak semalam, mee hoo goreng cincai boncai tapi sedap alhamdulillah. haaaa panjang tajuk.

ok, next entry nak share pasal syamil yang baru belajar makan hehehe.
babai! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!