Foods Review

Foods Review | Bersarapan Pagi Di Warung Mee Udang, Kg. Tiram Duku

Tuesday, August 18, 2015

dah lama tak kesini, alah bukan jauh pun dari rumah.
jerit dengar hahaha. kadang2 lunch hour pun ke sini.
kebetulan mommy ngah ada balik sabtu lepas.
jadi kami bersarapan di warung mee udang. yeay!

20150815_112116

all times favourite.. lemon selasih.

20150815_112403

sambal udang yang tak tahu nak cakap. sedap gila. sedap sangat. sedap dappp dappp.
order sambal udang sebab ilham kata nak makan nasi.
sekali bila mee goreng ummi sampai dia berubah selera pulak.

20150815_112425

mee goreng yang yummehhhh. setiap menu konfem ada udang.
sambil taip entri sambil ngences ni ha. nyum3.
tapi sayangnya mee goreng ni ilham makan sorang tak bagi ummi Sad smile

20150815_111859

gambar2 kami ni semua sebelum makanan sampai.
lepas dapat makanan memasing khusyuk menjamu selera.

20150815_111908

baby tua merengek sebab nak tidur kena  kerah bangun.

20150815_111931

baby kecik macam biasa.. sporting je.. menyengih 24 jam hehe.
alhamdulillah mudah2an sampai tua suka senyum ye dik. jangan sombong2 nanti tak ada kawan.

20150815_114754

3 beranak yang masam sebab belum mandi hehehe.

IMG-20150815-WA0009

redho jek lah anak2 ummi time2 cuti ye. ummi heret ke sana ke mari.

bagi orang2 luar bukan orang gelang patah yang nak mencuba di warung mee udang.
bolehlah ke kg. tiram duku. best woooooooo masakan dia.
gerenti puas hati lah.

menu lain yang saya suka..
nasi goreng kampung, nasi goreng black pepper, udang kari.
ehhh ngencessss lagi. dah macam syami dah air liur meleleh hahaha.

nak sampai terus makan tak nak tunggu2.
boleh call awal, sampai2 jek terus boleh menjamu selera.
dulu warungnya di kawasan lain, sekarang dah berpindah ke kawasan halaman rumah tokeynya.

ni contact number nya untuk menempah Smile

Warung Mee Udang Pak Alang – 019-7369971 (Kak Nora)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!