Baby Development

Ilham Syamil 6 Months Update & The 180 Days Journey of Breastfeeding.. Wehuuu ;)

Saturday, August 01, 2015

alhamdulillah ummi dan syamil berjaya mencapai fasa pertama exclusive breastfeeding selama 6 bulan. yeayyy! sekejap je kan pejam celik pejam celik dah 6 bulan. esok ummi dah nak start solid food untuk adik syamil. hmmm semenjak aksesori2 untuk solid food sampai, abang ilham lah orang paling over sekali. semalam siap nangis2 suruh ummi bawa makanan adik. ummi cakaplah sabtu baru kita start bagi adik makan. tapi dia tetap suruh ummi bawa ke rumah opah. pepandai jek dia.
cert-dip1-1024x725
ni sijil untuk ummi dan adik syamil.. 6 months achievement.. Diploma in Breastfeeding..
Winking smile
IMG-20150726-WA0015
ilham syamil 6 months
inilah budak lesung pipit yang duk berkepit dengan ummi sepanjang 6 bulan ni.
si pencuri hati ummi dan babah. makin bising mulutnya membebel sorang kalau ummi, babah dan abang tak layan dia. macam2 juga aksi stunt dia buat kalau berguling2 atas tilam. tahu2 dah terperosok bawah meja. ahad lepas dapat chop mohor kat kepala sebab tergolek tepi meja. hero kan mestilah lasak hehehe.

latest carta tumbesaran syamil:
new born – 2.95kg
1st month – 4.6kg
2nd month – 4.95kg
3rd month – 5.54kg
4th month – 6kg
5th month – 6.55kg
6th month – 6.84kg

2011-12-28-15.00.38
abang ilham syahmi 6 months


berat 6.8kg sama sebijik sebijon dengan abang ilham masa umur 6 bulan. semalam baru ummi perasan yang berat diorang berdua sama. tapi dulu abang ilham masuk 6 bulan dah nak 2 batang gigi tumbuh. adik syamil belum ada bayang2 lagi nampaknya. tak apalah dik kan, perkembangan pembesaran masing2 berbeza. janji anak2 ummi membesar dengan sihat.

ok lah stop dulu, nak prepare solid food syamil. hari ni kita test buah epal dulu ye selama 4 hari. will update soon.

happy weekend! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!