Ilham Learning Phase

Kisah “Lemang Periuk Kera”

Tuesday, August 11, 2015

lagi ragam abang ilham.
malam ahad, sibuk nak tolong ummi lipat baju.
tak bagi nanti kesian dia boring tak ada aktiviti.
jadi ummi bagi je lah peluang dia yang bersemangat nak membantu tu.

11822483_10206729676828191_5852414919240170217_n 
masa ummi lipat baju adik, dia pun sibuk nak susun stokin adik.

"ummi.. jom tolong saya masak lauk kera..jom lah.. cepat.. come on ummi.. come on.. lets go"

"hamboiiii.. tu kan stokin adik bukan kera"

"ye.. ni lauk kera.. yang dalam upin ipin tu.. yang kak ros masak atok bagi.. jom lah ummi.. tolonglah belikan saya lauk kera"

”oooo itu namanya periuk kera bukan lauk kera”

adoiiilah ilham, banyak sangat pengaruh upin ipin nya tu kan.
nasib baiklah ummi pernah tengok episod upin ipin raya tu tau.
kalau tak sure ummi blur apa dia “lauk kera” ilham nak tu.
dah la nama pun dah lain ditukarnya hahaha.

periuk kera
(credit pic: mohdzarin.com)

bila tenung gambar periuk kera ni, hmmmmm.. ok lah boleh lah ada la rupa macam stokin tu kan hehehe.
jauh imaginasi ilham sampai stokin tu jadi periuk kera. hahahaha.

”ummi boleh tak ummi masakkan saya lauk kera ni?”

ingatkan dah habis cerita..rupanya bersambung lagi.
manalah ummi nak mencari periuk kera ni ilham oiii.
siapa2 ada jual periuk kera, PM ummi ilham ye hehehehe.

vlcsnap-2014-08-22-17h51m07s63
gambar
upin dan ipin jakun tengok lemang periuk kera.

Ipinbuatlemang

ni pulak gambar ipin tolong kak ros buat lemang periuk kera.

bah ni sinopsis episod upin ipin riang raya khas untuk ibu2 ayah2 yang bakal disoal dengan soalan2 cepu emas anak2 syurga hehehe.

Sinopsis Upin Ipin episod "Riang Raya"
(credit to:
http://ms.upinipin.wikia.com/wiki/Riang_Raya)

Upin dan Ipin pergi ke rumah Tok Dalang untuk mengambil periuk kera untuk dibuat lemang oleh Kak Ros. Tetapi setelah ditunjukkan periuk kera oleh Tok Dalang, Upin dan Ipin rasa hairan kerana tiadanya rupa periuk mahupun kera. Tok Dalang pun rasa hairan dengan soal itu. Datangnya Mail berbasikal untuk mengutip bayaran untuk ayam tempoh hari. Tok Dalang mengutip duitnya dari reban Rembo. Hal itu menggusarkan Mail, Upin dan Ipin kerana takut akan bau busuknya. Apapun, Mail menerima duit tersebut. Upin dan Ipin memesan Tok Dalang supaya menyimpan duit di dalam bank. Balas Tok Dalang, dia menyimpan dalam bank biaya untuk naik haji sahaja.

Setelah ditanya oleh Mail, Upin dan Ipin mengatakan niat untuk membawa pulang periuk kera untuk dibuat lemang. Sempena dengan itu, Tok Dalang segera menukar periuk kera yang diberikan dengan periuk kera yang lebih masak dan lebih senang untuk dimasukkan dalam lemang. Upin tidak berpuas hati kerana bunganya sedikit. Tok Dalang berjanji untuk mencari banyak lagi.

Sebelum hendak beredar, Mail menunjukkan bahawa ada air di dalam bunga periuk kera. Jelas Tok Dalang, air periuk kera penuh dengan khasiat dan digunakan untuk menyapu mata yang sakit.

Akhirnya periuk kera dibawa pulang ke rumah oleh Upin dan Ipin untuk dimasak lemang oleh Kak Ros. Tidak sempat mereka beredar, Kak Ros menyuruh adik-adiknya untuk menolongnya mencuci periuk kera dan membuat lemangnya. Mereka diajar mengisi bunga periuk kera dengan air yang mencukupi, kemudian mengisinya dengan beras. Selepas semua bunga siap diisi, ianya dikukus di dalam periuk untuk seminit.

Tiba masa berbuka puasa, Upin dan Ipin dijemput makan lemang yang dibuat mereka bersama Kak Ros siang tadi. Opah mengajar mereka makan lemang periuk kera dengan mengupas bunga dan makan pulutnya sahaja. Sekali makan, Upin dan Ipin terus memuji masakan lemang periuk kera yang dikatakan lebih senang dimasak daripada lemang buluh yang perlu dikipas-kipas anginnya. Kak Ros mencabar mereka untuk mengutip banyak lagi periuk kera untuk dimasak lemang untuk kawan-kawan, barulah Upin dan Ipin sedar mereka terlupa untuk memberikan sedikit lemang kepada Tok Dalang

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!