ummi dan babah memang berhajat nak belanja opah n family makan2.
sekali hari jumaat lepas angah aka kak ros feveret ilham bagitau ahad birthday opah.
jadi kami teruslah buat plan senyap2 nak celebrate birthday opah hari ahad.
syhhhhh.. surprise tau jangan bagitau opah. hehehe.
janji pukul 1pm kita tunggu kat Restoran Saujana.
zasssss ke sana.

20150823_131047

muka budak kena terkejut bangun dari tidur.

20150823_132406

sampai2 saujana dia beriya menjengah tong aiskrim.
redho jek lah babah kena pow aiskrim traffic light hahahaha.

20150823_132430

ummi baru nak wefie dengan adik.

20150823_132441

abang ilham jeles nak juga.

20150823_132508

sementara menunggu makanan sampai dan opah sampai.
kami melayan angin kuat di tepi laut 4 beranak.

20150823_133015

nampak pulak ada sekor memerang sesat. berdecit2 menjerit.
rupanya dia cari kawan dia yang hilang.
tup2 ada lagi sekor berjejak kasihan dalam air.

20150823_133113

wefie lagi sambil menanti opah.

20150823_133436

20150823_133445

abang melekat jek lah dengan babah.
jakun tengok memerang hahaha sebab babah kata susah dah nak jumpa.

20150823_133603

20150823_133616

adik yang happy selalu..

20150823_133924

bergasaklah kami 4 beranak bergambar kan.
nak kill the time konon2nya.

20150823_134033

adik aman bahagia dalam SSC.
yeahhhhhh babywearing made easy kan? Smile

akhirnya makanan sampai.
tapi tak boleh makan lagi sebab opah masih tak sampai2.
ilham dah membebel lapar katanya.

20150823_133222

buah2an yang menyejukkan tekak.

20150823_134230

ini semua pakej menu yang kami order.

20150823_134316

nasi putih.

20150823_134244

sotong goreng tepung.

20150823_134254

sayur chap chai.

20150823_134302

udang goreng nestum.

20150823_134330

ikan siakap stim.

20150823_134338

tomyam campur.

20150823_134403

kailan ikan masin.

20150823_134428

siakap tiga rasa.

dekat sejam lebih juga menunggu opah.
terseksa tekak tengok makanan depan mata hahaha.
akhirnya opah sampai.

20150823_145854

tak toleh kiri kanan terus ajak opah makan dulu. hehehe.
terkejut opah tetiba ilham dan syamil ada kat saujana tengah tunggu opah hehe.

20150823_145900

kak caca dan kayla cucu opah.

20150823_145904

apalah projek abang ilham tu. nampak berkerut babah merenung haha.

20150823_151131

oreo cheese cake untuk opah yang sangat sedap.
angah beli kat taman perling katanya.
memang sedap gila.

20150823_151300

orang nak suruh ipah potong kek, dia sibuk panjat kerusi gak.
sampai nak tertonggeng dah abang ilham.
ala sian. malu terus tak nak bergambar dengan opah.

20150823_151313

“happy birthday opah”
semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.
dapat menjaga ilham dan syamil. terima kasih banyak2.

20150823_151439

kayla tengah syok makan aiskrim.

20150823_151449

syamil berkepit jek dengan opah.
masa ni dah start ngek2 dah.
nampak gaya dah ngantok dah tu.

20150823_151522

berkepit dengan kak ros pulak.

20150823_151616

kak caca tukang potong kek.

20150823_151645

20150823_151700

syamil dan family opah.
anak orang lain yang opah jaga semua panggil opah mak.
tiba kat ilham terus tukar jadi “opah” hehehe.
opah upin ipin katanya kan.
angah pun redho jek dia panggil kak ros.

20150823_153326

lepas siap2 makan, kami teruslah bersiap2 nak balik.
perut pun dah kenyang.
syamil dah selamat melentok atas bahu kak ros.
alhamdulillah dapat juga celebrate birthday opah.
thanks angah yang bekerjasama untuk projek surprisekan opah ni.
next year kita plan lagi Smile