Ilham's Bonding Time

“Opo To Tangai Lalang Puku Puku”

Tuesday, August 11, 2015

pada adik syamil, abang ilham memang penghibur dia lah kan.
abang ilham joget sikit pun dia gelak tak henti.
satu hari tu, ummi dengar abang ilham nyanyi kat dia sambil pegang tangan adik syamil.

IMG-20150629-WA0075

lagunya berbunyi..

”OPO TO TANGAI LALANG PUKU PUKU”
erkkkkk..ummi pun berasa sangat pelik lalu bertanya.

”ilham nyanyi lagu apa tu?”

”alaaa lagu tu, opah nyanyi kat adik”


bila ummi suruh ulang dia nyanyi lagi lirik yang sama..

”OPO TO TANGAI LALANG PUKU PUKU”
sambil tepuk2 tangan adik.
ohhhhhhhhh.. baru ummi faham.
rupa2nya abang ilham nak ajar adik nyanyi lagu..

”pok amai2 belalang kupu2”

dah macam wong jowo lagu awak abang ilham hahahaha.
nasib baik tak “opo iki” hahahaha.
tak kisah la janji yang pentingnya bonding time abang dan adik tu yang priceless.
semoga Allah satuka hati anak2 ummi.. aamiin Winking smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!