Mak

Rindunyaaaaa..

Wednesday, August 19, 2015

tengok2 video2 CSR PTP tiba2 mata terhenti pada susuk tubuh yang saya rindui. arwah mak!
video dah berzaman ni.. mesti masa ni kami baru je pindah ke desa paya mengkuang.
mak dan kawan baiknya mak idah. nampak gaya tengah berbual dengan pakistan jual karpet.

Untitled
ya Allah sedih pulak rasa hati bila nampak kelibat arwah mak.
masa ni mak masih sihat lagi. tudung tu saya simpan lagi buat pengubat rindu.
rindunya tak terkata, macam dicarik2 rasa hati ni.
hanya mereka yang dah melalui saat2 ketiadaan mak ayah je yang tahu.

”Allah.. jagakan ibuku.. kasihanilah dia sepertimana dia mengasihi suami dan anak2nya.
Allah.. Allah.. Allah.. rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :'( :'( :'(
Allah tempatkan ibuku dikalangan hamba2Mu yang beriman dan para solihin.
Allah ampunkan dosa2 ibuku.. tempatkanlah dia di syurgaMu.
semoga kita bertemu semula di syurga mak.. tak putus doa ini untuk mak.
semoga mak tenang di sana.. berehatlah!”

AL-FATIHAH buat Hajah Kasmah binti Daud
(2 Feb 1952 – 23 Mac 2010 @ 6.20pm)
Cervical Cancer Survivor

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!