Dari Dapur Hernee Nazir

Solid Foods FOr Baby | Resepi Puree Betik

Monday, August 24, 2015

puree seterusnya untuk adik syamil.
jom kita cuba puree betik pulak tengok dia suka ke tak.

20150822_103319

suruh babah belikan betik sebiji.
dia siap2 masukkan dalam peti sejuk.
rupanya ada motif lain, nak ngecek betik adik syamil hehehe.
nampak tu dah luak sikit, babah la makan.. ummi join sekali hahaha.

Resepi Puree Betik

1) 1 1/2 biji buah betik (cukup untuk stok 4 hari)
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150822_103527

1) betik dipotong kecil2 dan di blend. tak perlu dikukus.

20150822_103708

2) siap di blend. bolehlah asing2kan dalam bekas cube comel baby bullet. dapat 8 bekas.

start puree betik sabtu hingga selasa.
abang ilham ke dapur tengok ummi buat puree.
bila dia tengok blender ada warna oren merah2, dia membebel.

”ehhh.. ummi.. janganlah bagi adik makan sambal”

hahahahaha. ilham.. ilham..

”ini betiklah.. bukan sambal.. takkan lah ummi nak bagi adik makan sambal”

20150822_104237

budak happy dan comot makan puree betik.
memang excited gila syamil makan.
nampak gayanya dia suka betik.
yeahhh.. ummi happy tengok adik suka makan.
poo poo pun nampak ok bila makan betik.

20150822_105057

dah comot koreng. bukak bajulah dik.
terus dia tonggak cup sendiri.
dah kehausan jom minum air masak.
alhamdulillah kenyangSmile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!