Dari Dapur Hernee Nazir

Solid Foods For Baby | Resepi Puree Epal

Monday, August 03, 2015

selamat hari isnin :)

ok hari ni nak share resepi simple "puree apple"
sebelum tu, meh kita jengah gadget2 mempuree ummi ilham.

20150801_125109
inilah set baby bullet yang dinantikan :)

20150729_093321
 trainer cup, dispensing spoon and

Puree Epal

1) 1 biji buah epal
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150801_124145
1) ambil buah epal, cuci dan kupas kulitnya.

20150801_124435
2) potongkan buah epal tadi dan kukuskan selama lebih kurang 10 minit atau sehingga empuk.

20150801_124519haaaa cenggini ye. ecehhh.. jengah sikit first time tu guna steam it tupperware.

20150801_1257043) dah 10 minit, silalah angkat ye.

20150801_130000
inilah rupa epal yang dah disiap dikukus.

20150801_130208
4) potong dadu dan masukkan dalam cup blender yang comel ni.

20150801_130246
5) tambahkan sedikit air secukupnya.

20150801_130744
6) blend lah sehingga halus tanpa berketul2.

20150801_130824
 hasilnya mestilah halus macam ni. bila dah halus betul2 saya tak tapis pun. so far ok je.

20150801_131437taraaaaaa.. dapat dua bekas comel ni.
puree epal dah siap tapi tuan punya badan tu tidur lagi.
jadi simpan dulu pureenya dalam peti sejuk.
sebelum simpan ummi kena jamah sikit hehehehe.

puree boleh tahan 3 bulan ye ibu2 sekiranya dibekukan.
setakat ni saya tak pernah buat stok selama tu.
paling lama pun seminggu untuk stok seminggu bekerja lah.
dan setiap kali hujung minggu saya akan pastikan saya buat stok baru.
semoga urusan untuk menyediakan makanan untuk anak2 dipermudahkan.
say NO to nestum! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!