Dari Dapur Hernee Nazir

Solid Foods For Baby | Resepi Puree Lai

Tuesday, August 18, 2015

plan ummi nak buatkan syamil puree pear.
ye buah pear. maka disuruhnya babah carikan buah pear.
memang babah beli, kat sticker mydin tulis pear.
tapi dalamnya buah lai. kulit warna kuning tu.
kalau kulit kuning lai kan? yang banyak air tu.
kan? kan?

arghhhhh.. selalu macam ni tau.
konpius antara lai dengan pear.
search2 jumpa entri lama..
http://herneenazir.blogspot.com/2010/01/antara-pear-dan-lai.html
hmmmm.. sah2 yang ni puree lai bukan pear. kuang3.
mabuk ketum lah ummi ni kan.
babah pun 2 kali 5 mabuk ketum.
tapi lebih mabuk ketum staff mydin yang salah label.
huh!

maka terhasillah puree lai untuk syamil.
walaupun syamil tak berapa berkenan siap geleng2 tak nak.
tapi nak share juga resepi puree lai yang pejam mata pun boleh buat. hehe.

Resepi Puree Lai

1) 4 biji buah lai (cukup untuk stok 4 hari – 1 cuba lebih kurang 70ml)
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150815_125311 
1) 4 biji buah lai dipotong kecil2 dan dikukus selama lebih kurang 10 minit.

20150815_130915

ini hasil selepas dikukus.

20150815_131239

2) bila dah siap kukus, masukkan dalam glass blender dan tambah air. blend sampai hancur.

20150815_131516

3) taraaaaa.. dah siap blend sampai hancur.

20150815_131856

4) masukkan ke dalam kiub2 comel. dapatlah stok untuk 4 hari termasuk dalam feeding spoon tu.

mula2 try puree lai berkerut muka syamil.
siap nangis2 takmo kena suap hehehe.
tak apa dik, ummi tak paksa.. adik tak nak kita cuba lain kali.
semalam bagi bekal ke rumah opah.
feedback dari opah, syamil tak suka makan puree lai.
dah dua buah dia reject.. avocado dan lai.
esok babah cuti ummi suruh tambah stok buah2 lain pulak ye.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!