Homemade Solid Food

Solid Foods For Baby | Resepi Puree Pisang

Wednesday, August 05, 2015

alhamdulillah semalam cukup hari ke 4 (4 days rule) puree epal untuk syamil.
so far tak ada masalah alergik. nampak ok je. kata opah dia suka je 2 kali sesi makan.
semalam babah berusaha gigih ke mydin carikan buah pisang, avocado, pir dan epal.
malam pulak ummi berusaha gigih menyiapkan puree pisang untuk 3 hari stok ummi berkerja.
untuk last day hari ke 4 nanti buat fresh puree pisang.

20150804_203619

Puree Pisang

1) 4 biji buah pisang berangan
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150804_201806

kukus pisang selama lebih kurang 10 minit.
saya agak2 je ambil 4 biji ni untuk cukupkan 2 kali sesi makan selama 3 hari (rabu, khamis, jumaat)

20150804_202944

blend sampai betul2 hancur.

20150804_203407

taraaaaa.. alhamdulillah cukup2 dapat 6 bekas baby bullet.
tak sabar nak tunggu apa opah kata, bila bagi syamil makan puree pisang hari ni.
harap2 syamil tak kuat beranganlah sebab babah beli buah pisang berangan. hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!