Breastfeeding Info

Tekstur Makanan Bayi Mengikut Umur dan Keperluan Kalori Sehari

Thursday, August 27, 2015

info2 dibawah saya dapat semasa melawat pameran Bahagian Pemakanan KKM dalam Majlis Pelancaran & Seminar Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan.

saja saya asingkan entrinya untuk lebih fokus pada tajuk di atas. senang jadi rujukan Smile

20150825_132424

seperti yang kita sedia maklum, makanan terbaik bagi bayi di bawah umur 6 bulan adalah SUSU IBU!
tiada yang lain selain susu ibu ya. air masak pun tak perlu. cukup hanya dengan susu ibu.

20150825_132401

ini contoh2 peralatan memasak bagi penyediaan makanan bayi/ kanak2.
hanya sebagai contoh sahaja. kalau kita di rumah pandai2lah guna apa saja peralatan yang ada.
sebaiknya ibu memasak sendiri makanan untuk anak2 ye.
walaupun saya dah agak jarang mengupdate bento ilham, (terlebih excited mengupdate puree syamil)
tapi saya pastikan jika di rumah dia akan makan masakan saya kecuali umminya dijangkiti vitamin M Smile with tongue out

20150825_132436

antara makanan yang disarankan, nasi (beras biasa atau beras perang), kurma, longan kering, kacang dhal, ikan bilis, goji berry dan lain2.

20150825_132450

tekstur makanan bagi bayi berumur 6 – 8 bulan (makanan puri/ dilenyek)

contoh hidangan utama (2 – 3 kali sehari)
- bubur nasi 1/2 cawan (50g) = 20 kcal
- ayam dikisar 1 sudu teh (10g) = 20 kcal
- bayam merah dikisar 1 sudu makan (10g) = 5 kcal
- marjerin 1/2 sudu teh (3g) = 20 kcal **saya tak pernah bagi marjerin biasa untuk orang dewasa. ilham dulu saya gunakan unsalted butter.. gula dan garam tak elok untuk bayi.
- susu ibu mengikut keperluan = 70 kcal
JUMLAH = 135 kcal

contoh snek (1 – 2 kali sehari)
- puri betik 2 sudu makan (20g) = 30kcal
- susu ibu mengikut keperluan = 70 kcal
JUMLAH = 100 kcal

Keperluan kalori sehari = 635 kcal

20150825_132444

contoh makanan bayi 6 hingga 8 bulan. macam sedap jek kan Smile

20150825_132506

tekstur makanan bagi bayi berumur 9 – 11 bulan (makanan dicincang/ dipotong kecil)

contoh hidangan utama (3 - 4 kali sehari)
- bubur nasi pekat 3/4 cawan (75g) = 30 kcal
- ikan dicincang 1 sudu teh (10g) = 10 kcal
- labu dipotong dadu 1 sudu teh (10g) = 15 kcal
- siew pak choy (dipotong halus) 1 1/2 sudu makan (15g) = 10 kcal
- marjerin 1/2 sudu teh (3g) = 20 kcal **saya tak pernah bagi marjerin biasa untuk orang dewasa. ilham dulu saya gunakan unsalted butter.. gula dan garam tak elok untuk bayi.
- susu ibu mengikut keperluan = 70 kcal
JUMLAH = 155 kcal

contoh snek (1 – 2 kali sehari)
- buah naga dipotong (30g) = 30kcal
- susu ibu mengikut keperluan = 70 kcal
JUMLAH = 100 kcal

Keperluan kalori sehari = 635 kcal

20150825_132459

contoh makanan untuk bayi 9 hingga 11 bulan. kecur tengok buah naga tu kanBe right back

20150825_132534

tekstur makanan bagi bayi berumur 1 – 3 tahun (makanan keluarga)

contoh hidangan utama (4 - 5 kali sehari)
- nasi putih 1/2 cawan (50g) = 70kcal
- ikan dimasak singgang 1 ekor ikan (50g) = 60 kcal
- kacang buncis goreng bersama lobak merah 2 sudu makan (20g) = 40 kcal
- air kosong 1/2 cawan (15g) = 0 kcal
** teruskanlah menyusukan anak2 dengan susu ibu sehingga usianya 2 tahun.
JUMLAH = 170 kcal


contoh snek (1 – 2 kali sehari)
- pisang mas 1 biji (50g) = 30kcal
- susu ibu mengikut keperluan = 70 kcal
JUMLAH = 100 kcal

Keperluan kalori sehari = 945 kcal

20150825_132523

contoh makanan untuk bayi 1 hingga 3 tahun.

info2 di atas dari KKM tau. sebenarnya pada saya, ikut kekreatifan ibu2 nak pelbagaikan makanan anak2.
yang penting cukup vitamin/ zat semua dari makanan2 semulajadi dan makanan2 sunnah.
selepas usia anak 2 tahun (selepas wean off dari penyusuan susu ibu) bukanlah satu kemestian kepada ibu2 untuk memberikan anak2 susu formula sebagai sumber kalsium. ibu2 boleh berikan mereka makanan2 semulajadi yang tinggi kandungan kalsium.

sekian, nanti saya share lagi ye Smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!