Breastfeeding Info

WBW Challenge 2015 | Aug 1 - Why I Choose/ Chose To Breastfeed

Tuesday, August 04, 2015

world breastfeeding week challenge

Mengapa saya pilih / memilih untuk memberikan susu ibu

| ayat2 skema |

payu dara wanita adalah anugerah Allah yang sangat2 istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. penyusuan susu ibu mengandungi 1001 hikmah kepada ibu dan anak. penyusuan susu ibu digalakkan dalam Islam kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit.

susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. susu ibu susu ibu itu mudah hadam dan secara tidak langsung membantu dalam sistem pencernaan bayi. menyusui anak adalah sunnah dan fitrah. berikanlah hak anak2 dengan menyusukan mereka secara eksklusif selama 6 bulan dan berterusan selama 2 tahun. susu ibu dengan izin Allah mampu memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental anak2.

kebaikan-susu-ibu

antara khasiat susu ibu kepada bayi

saya ringkaskan lagi ye.. kenapa saya memilih menyusukan anak dengan susu ibu:

1) mengurangkan masalah alergi dan penghadaman bayi
2) IQ bayi lebih tinggi
3) kandungan nutrisi susu ibu berubah mengikut umur bayi
4) salah satu usaha penjimatan belanja.. tak perlu membeli susu formula
5) keluar berjalan tak perlu bawa bekal susu.. (dengan kata lain ummi boleh lenggang mak limah sambil gendong anak) :p
6) mengurangkan risiko osteoperosis, kanser ovari dan payudara pada ibu
7) ibu cepat kurus (ecehhhh)
8) bonding timeeeeee.. mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Perbandingan khasiat susu ibu dan susu formula

perbandingan khasiat susu ibu dan susu formula. let the pictures do the talking ya. jom ibu2 kita meneruskan perjuangan menyusu anak2 selagi Allah berikan kita kesihatan yang baik.

MBfPC

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!