Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Daging Grill

Tuesday, September 29, 2015

ini bukan daging qurban hehehe. digrill 2 minggu lepas kot sebab ummi ilham tetiba rasa teringin nak makan daging grill. tapi bolehlah dibuat untuk tambah idea menu uolls untuk masak daging2 qurban yang ada kat rumah tu.

20150917_182650

semalaman saya perap daging2 ni. sebhagaian lagi saya masak daging black pepper. saya marinate cara mudah pejam mata pun boleh jek.

resepi daging grill versi mudah

potong daging kecil2 – sepatunya nipis lagi untuk cepat empuk
ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang blend (bawang besar/ bawang putih), halia, madu, garam. blend mana yang patut then lumur kat daging. simpan dalam peti sejuk semalaman. petang sabtu saya grill guna pemanggang ajaib.

20150917_183352

taraaaaa.. dah siap. yang makan cuma ummi dan babah je. ilham? huh bertuah nak makan kalau bukan lauk feveret dia. tak boleh sedap kata dia. masa makan tu part kena yang liat babah ilham cakap “macam selipar jepun” kahkahkah. tak ambil hati pun, sebab memang kesilapan sendiri tak potong daging tu nipis2. kan dah lenguh rahang nak kunyah hahaha. apa pun sedap jek tekak saya telan.

ok puji masakan sendiri nampaknya. kahkahkah.
babai!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!